Kelebihan mengambil air isotonc di bulan Ramadhan
Dehidrasi berlaku apabila badan kehilangan air dengan cepat dan secara berlebihan sehingga menyebabkan jumlah air yang diminum tidak dapat menampung kehilangan air. Biasanya ia akan berlaku apabila seseorang itu : Bersukan b erpeluh dengan banyak kerana berada di kawasan yang panas terik Melakukan tawaf, saie, melontar di jamrah serta berada di khemah di Mina (ibadat haji dan umrah) Punca kehilangan air berlebihan: Kehilangan air yang normal biasanya adalah dalam keadaan 3-4% sahaja dari jumlah kandungan air di dalam badan. Kehilangan air secara berlebihan akan menyebabkan rasa dahaga yang amat sangat, letih dan juga pening kepala. Akibat daripada kehilangan air Pengalaman saya berhadapan dengan Jemaah haji yang kehilangan air yang sangat banyak sehingga beliau pengsan amat menakutkan. Tidak pernah lagi seumur hidup saya melihat kejadian seumpama ini. Beberapa tahun yang lalu juga sewaktu kita menyambut Ramadhan dalam cuaca panas dan kering