Dia telah pergi...buat selama-lamanya....
Assalamualaikum...
Terlebih dahulu thanks pada kawan2 yang mendoakan..
Arwah telah selamat kembali ke rahmatullah lebih kurang dalam pukul 9 lebih rasanya...
Terlebih dahulu thanks pada kawan2 yang mendoakan..
Arwah telah selamat kembali ke rahmatullah lebih kurang dalam pukul 9 lebih rasanya...
Petang semalam, kami selamat sampai ke Hospital Tuanku Jaafar Seremban. Naik sahaja ke wad arwah, aku memang tak dapat menahan air mata melihat keadaan arwah. memang kalau ikutkan doktor, arwah dah takde harapan. Sebab kalau ikutkan condition otaknya, memang arwah dah takde sejak petang semalam lagi. tapi jantung arwah masih berdenyut lagi so doktor kata tunggu masa aje. sebenarnya petang tu kaki arwah dah pun lurus ke bawah. sepatutnya kalau kita berbaring tapak kaki kita atau ibu jari kaki akan menegak ke atas kan. tapi arwah nya kaki dah lurus dah.. ibu jarinya dah sujud ke bumi.. bila aku tengok heart beat pon makin lemah.
Habis waktu melawat kami pulang ke rumah Maknjang sebab nak mandi dan makan then terus balik ke KL. Cadangnya esok mak dengan abah akan datang lagi. Dalam perjalanan pulang (sampai di Giant Senawang) dapat panggilan mnegatakan arwah telah pergi... kami berpatah balik ke rumah maknjang. Abah, Siti dengan Dikwan terus ke hospital.
Kalau ikut pada Pakndak (abah arwah) nak bawa balik jenazah malam tu juga. tapi disebabkan kes ni dah jadi kes polis maka jenazah kene tunggu sampai esoknya (pagi tadi la 27 Jun 2007)
Mengikut ceritanya, arwah dilanggar lari oleh kereta (bukan lori seperti dlm entry yg lepas aku salah mention). dan terlangar perempuan india tu. semua org kata arwah yang langar india tu tapi suami perempuan india tu kata ada kereta langgar arwah dulu then baru arwah terlanggar perempuan india tu.
kalau ade sesapa yang ternampak kemalangan yang berlaku pagi selasa lebih kurang jam 6.45am kat area Taman Jasmin rasanya (nati aku confirmkan balik) dan ternampak kereta yang langgar tu tolongla buat laporan pada pihak polis. mintak tolong sangat2!
Kepada kengkawan semua sedekahkan al fatihah buat arwah. moga-moga arwah diletakkan ditempat orang2 yang beriman... aminnnnnnnnnnn....
Akuro, akak nya henpon takde bateri.. sehelai sepinggang pergi tu and memang tak bawak charger. tu yang mesej akuro pending. azim ade datang hospital petang semalam tuh. tapi dia dah lewat dah. kami dah nak balik.
wassalam..
Comments
sesungguhnya kematian itu adalah benar dan menjadi iktibar untuk mereka yang mahu mengambil pengajaran darinya..
Al Fatihah..
BTW, Akuro tumpang sedih. Taman Jasmin tu kwsn umah sewa Akuro dulu.
Moga roh arwah tenang di sana...
Akuro : tak tuko maintain je nombor ni.. :) thanks ...
NBK466 : al fatihah....
Alin : tuh laa.. sekelip mata aje perginya.. mcm tak percaya
al-fatihah untuk arwah.. aku tumpang sedih..
-fatin-
Patin : hmm al fatihah.. aku rendu hang
Kak Azzah : aminnnnnnnn. kak nanti saya buat yer yang akak tag tu
kita rasa sedih sgt baca citer ni sbb kita ada beberapa saudara & kawan yg meninggal dlm accident. yg jd lg sedih sbb very fast & very unexpected. kalo sakit lama & meninggal xdela rasa terkejut sgt kan?
semoga roh beliau dicucuri rahmat-Nya.