Kejadian di pagi hari...

Assalamualaikum..

Pagi tadi, selepas bersiap nak ke pejabat, aku panaskan bihun goreng yang aku masak malam tadi (Nurul, Zul, Mi dan Miza dtg ke rumah) while Mak plak busy preparing jus buah2an + sayuran untuk Abah minum. Dah siap2 semua aku keluar ke kereta.

Terkejut aku melihat kereta jiran depan rumah kene tarik.. tapi tu aku punya assumption sahaja sbb aku tak tau samada kereta itu rosak atau memang kene tarik. Seawal 6.30am dorang dah datang. Mak aku punya assumption plak, "amik no kereta yang tarik tu.. mana tau entah2 depa memang curi kereta ka.. dulu kawan Mak pon kene mcm tu org semua ingat kene tarik walhal nya kene curi terang2an" haa tu mak aku punya assumption.

Yang buat aku terkejut sangat tu ialah bila aku tengok betapa mudahnya org tu bukak pintu kereta yang ditarik. kalo tak silap CRV yang kene tarik tu. Dengan mudahnya dorang pakai pembaris besi dan cucuk kat tingkap tuh. sekejap je pintu dah terbukak.

Yang menghairankan aku pulak ialah, aku nampak India tu dok terpanggil2 tuan rumah tapi takde sapa pun menyahut. Pastu masa alarm kereta berbunyi, takkan la org tu tak terdengar ek.. mungkin dia letih sgt sampai tido tak sedar. Banyak kali orang tu panggil tuan rumah tapi lansung tak buka pintu...last-last dorang angkut kereta dan terus pergi.

Kes ini buatkan mak dgn abah lagi bimbang.. Ingat lagi tak entri aku 'Sudah jatuh diTimpa Tangga'? haaaa kisahnya, van abah dan pakcik aku telah pon selamat keluar dari workshop, tapi yang buatkan kedua2nya terkejut ialah, kunci van mereka yang mereka dapat bukanlah kunci asal yang ditinggalkan. Ingatkan abah aku je.. rupanya bila mak call pakcik aku, kunci van pakcik pon mcm tuh jugak, ditukar kepada yang baru. Kenapa yer?

Tiba-tiba teringat kes Kak Anum yang kehilangan kereta Waja nya di UPM dulu.. tak berapa lama selepas Kak Anum anto kereta ke workshop, kereta nya di bawa lari semasa kami semua sedang menghadiri kuliah malam di UPM.

Dan petang semalam juga di parking yang berhampiran dengan Jln Maktab / Jln Kent berhadapan dengan Mindef itu, kawan si Nurul telah kehilangan 2 biji laptop yang dia letak dlm kereta nya. Kene pecah kereta si mamat tu. adehh sian dia. Datang Mindef atas urusan kerja pastu dapat pulak malapetaka. Sekarang ni perompak2 tu semua pakai scanner, dorang scan kereta check ada tak brg2 berharga. bila ada baru lah dorang pecahkan kereta.

Ya Allah, Kau jauhilah kami dari segala bencana dan juga kejahatan..Kau permudahkanla segala urusan kami didunia dan juga akhirat kelak.. Aminnnnn.........

Comments

NONIE AZIZ said…
better ko suruh abah ko tukar kunci kereta tu...takut ada udang sebalik batu tu!!!
aishah said…
kakyuu risau nyer akuuuu...aku nak call mak sekarang jugak
... said…
citer2 pasal kecurian nie buat acik rasa takut lak.. Ya Allah Ya Tuhanku.. Semoga Engkau jauhi kami dari segala malapetaka dunia.. hanya padaMu tempat kami berserah.. Aminn..
Anonymous said…
uii, mcm2 .. sekarang makin mudah pulak orang nak mencuri
ontahsapo said…
jgn park luar rumah, selagi muat masuk dlm rumah nyer garaj...tu jer..sebab dlm rumah diorang takkan berani masuk, kalaupun dia nak tarik, dia kena tunggu kereta tu keluar dr rumah...
Alinlai said…
kes duplicate kunci keta ni dah banyak kali dengar...bukan dekat workshop je ada yang kena masa pi cuci kereta...isk nauzubillah...seriau dengar kes2 macam ni.
Ayu Mohamad said…
MR : mmg pun.abah aku dgn pakcik aku pon mmg nak tukar kunci van depa tuh. adehhhh depa ni teruk sungguh!

Siti : gi le tepon

Acik : tuh la.. mmg kan.. mintak2 kite semua dijauhkan dr segala kejahatan..aminnnn
Ayu Mohamad said…
faizah : mmg pun..semakin canggih teknologi semakin canggih jugak la alatan yang dorang guna.

OS : kete yang kene tarik pagi tadi tu dia mmg park kat luar rumah pun.

Alin : cuci kete pon ek? mmg kene tunggu la jawabnya bila cuci kete. takleh nak tinggal dah kan.. bahaya sungguh...
Anonymous said…
inilah salah satu contoh jiran yang perihatin, tahniahh...

sekarang ni macam-macam helah org nak mencuri. Lagi canggih sistem alram lagi canggih diaorang mencuri :-)
DeLinn said…
Ayu
Mintak2 le semuanya ok. Risau gak tu kunci van abah ko dah dituko. Sungguh mengherankan.
Ayu Mohamad said…
Jamri : kami kan baru lagi kat sini.skang ni try nak observe keadaan sekeliling.Dan la laluan pejalan kaki depan umah aku tuh terkenal dgn kaki ragut. adehhh
zino said…
itu lah kadang tu pegi mana mana risau je nak tinggal kan kereta kat situ..

semalam pegi JJ tengok gate otomatik dia tu bengkok.. makna nya ada kereta langgar.. sape yg langgar? takkan pasal tak bayar seinggit nak langgar gate..zino agak org yg mencuri kereta yg langgar!! dia nak larikan kereta tu mana ada tuan kereta tak calarkan kereta free je..
Ayu Mohamad said…
Moon : ye ker? bahaya ek.. tapi aku tak rasa jiran aku tu ilang kete..mungkin memang kene tarik sbb org tuh panggil tuan rumah byk kali tp tuan rumah yg tak dengo agaknya

Ina : haaa mmg mengherankan.bukan abah aku jer tp pakcik aku sekalik.. mmg dorang akan tuko kunci lain la jawabnya..
WRA said…
canggih betul kepala otak menyamun dorang sekarang ni ek? macam2 dibuatnya...so, kalau apa2 hal kena berhati2 la tu...hmmm...mintak ngan Tuhan sangat dijauhkan malapetaka ek?
Sayuti said…
amin.
Anonymous said…
abis tu mcm mana kete crv tu? mmg kena tarik atau kena curi ayu?
Kaklong Syikin said…
hish..menakutkan betui..awatlah penarik keta tu tak de respect kat tuan rmh..mcmana rasanya kalau keta dia sendiri kena tarik cara camtu?
NBK466 said…
Apalah manusia cari jalan mudah... Itupun nasib baik rumah kita tak leh kena tarik dgn penyamun2 tarbus tuh...kalau tidak..entah ler.. Balik2 rumah dah takde...
'Tukang pecah runah' sekarang dah beralih jugak ke 'pecah kereta'...elakkanlah tinggalkan barang2 berharga dalam kereta.. Di masjid UPM hari tu, 5-6 bji kereta kena pecah semasa org tengah bersolat jumaat... ada tu, barang tak seberapa yang hilang, nak tukar cermin kereta tu lagi mahal...
Pencuri dan pemecah rumah di zaman siber.
Arena said…
ye ker kereta tu kena tarik cam tu jek.. ngerinya..aku kalau bawak balik notebook angkut ke mana2..tak pernah tinggalkan dalam kereta walaupun kat bonet..
Ayu Mohamad said…
Kak Wan : gitu la seadanya..mintak dijauhkan segala2nya

Zino : mmg merbahaya zaman skang nih hehehe

sayuti : aminnnnnnnnnnnn

kadok : tuan rumah tu tak mesra alam.perempuan melayu islam.kami senyum tapi depa buat tak tau ja maka biaq la kan.
Ayu Mohamad said…
Kak Syikin : dia pangge dah tuan rumah tapi tuan rumah sneyap je tak bukak pintu.bih tu camno?

NBK : ha ah kan kalo rumah bleh ditarik2 kan payah kite nanti ek?

Alang : dorang mmg dah upgrade kan diri mereka :P

BP : mmg, duit sekupang pon jgn tinggal dlm kete.Nanti sbb duit sekupang, kite nak ganti kerete yang jenuh! UPM mmg black area!

Semut : nanti ko buat cerita semut dan perompak yer :)

Arena : tak dpt dipastikan
Anonymous said…
Nice colors. Keep up the good work. thnx!
»

Popular Posts