Allah itu Maha Adil lagi Saksama

Assalamualaikum...

Malam semalam, aku dan hubby dinner bersama nya.. kakak sepupuku L..
Kawan2 yang pernah membaca entryku yang lama di blogku yang lama mungkin pernah terbaca kisah L yang telah bercerai dengan suaminya S disebabkan oleh perangai S yang tidak menghargai isterinya selama 10 tahun perkahwinan mereka. S main perempuan dan juga hisap dadah. Sewa rumah dan duit kereta L yang bayar.. sudah la begitu.. diminta nya lagi duit daripada L.. nafkah kepada isteri zahir dan juga batin lansung tak diambil peduli..

Alhamdulillah mereka tidak dikurniakan cahayamata.. kalau tidak aku rasa lagi huru hara.. inilah hikmahnya yang kite semua manusia biasa ni tak nampak.. Allah Maha Mengetahui.. S terus-terusan mengabaikan isterinya L, sehinggalah akhirnya segala kepincangan terbukti didepan mata, L telah dikhianati oleh perempuan yang pernah menjadi jiran mertuanya..yang sanggup merampas kasih suami L.. Kali ini sambungan kisahnya setelah 7 bulan mereka bercerai..

Entryku ini tidak bertujuan untuk memburuk2kan keluarga sendiri mahupun menjatuhkan maruah sesiapa dan jauh sekali untuk melukai hati rakan bloggers yang ada tapi sekadar berkongsi cerita yang mungkin boleh diambil iktibar oleh kita semua.. semoga Allah menjauhi kita daripada perkara2 seperti ini.

Menurut L.. selepas mereka bercerai, mcm2 kata tohmahan diterima oleh L..antaranya,

"Tu laaaaa tak sabar .. haaa kan dah bercerai.. kalau sabar sket lagi.. dah tentu belum bercerai.." kata ibu mertuanya satu ketika dulu selepas mereka sah bercerai

"Ni la orang yang tak ingat Tuhan.." kata kakak ipar nya dulu..

kata kakak sepupuku pula di dalam hatinya
"aku dah lama bersabar.. 10 tahun..bukan nya 10 hari.."
"siapa yang tak ingat Tuhan..aku atau adik kau?"

Rupa2nya kehidupan S selepas bercerai tidak seindah yang kami semua bayangkan (sebabnya..dia nak kan perempuan tu and dia dapat perempuan tu.. jadi kami ingat dia bahagia la kannn cuma kami tak pasti samada dia berkahwin atau tidak dengan perempuan tu.. dan kami sekeluarga MALAS nak amik tahu)

Ramai pulak yang menalifon kakak sepupuku L menyampaikan perkembangan terkini si S bekas suaminya itu.

Kalau Allah nak tunjuk.. kat atas dunia ni lagi Dia tunjuk.. Kalau Allah nak balas.. kat atas dunia ni pon Dia boleh balas..

bermula dengan kemalangan jln raya yang dialami oleh si S dan kekasihnya itu pada suatu malam di kawasan Kelang.. siapa yang dicariknya? kakak sepupu aku jugak!!!! tapi kakak sepupu aku buat tak tau sbb takut dia hanya main-main.. alkisahnya.. si kekasih kepada S mengalami kecederaan yang sangat teruk.. kedua tulang peha nya patah.. dan dia terlantar di rumah sekarang..

Tak lama selepas tu.. S dibuang kerja

Kemudian dia tiba2 mengamuk di kawasan rumah kekasihnya.. puncanya?
S memang mengalami gangguan mental.. kata kawan2nya si S mengambil syabu dengan byk sekali dan sgt kerap sejak beberapa tahun yang lepas.. dan ada diantara mereka ckp disebabkan terlalu byk ambil syabu menyebabkan dia ada masalah mental..

Paling terbaru.. S sekarang berada di hospital Mental Tanjung Rambutan...

Macam cerita drama kat TV kan? mcm tak percaya.. rupa2nya apa yg kite sangkakan hanya lakonan di tv sahaja tapi sebenarnya ia berlaku dalam masyarakat kite..

Aku terkejut sangat sebab aku tak hidup dalam kumpulan manusia yang bermasalah mcm ni.. jadi pada aku kisah seperti adalah sesuatu yang mengejutkan..

Kepada semua jadikan lah cerita ini teladan.. kepada para suami sekelian.. jgn abaikan tanggungjawab terhadap isteri2 anda..dan kepada para isteri jadilah isteri yang terbaik kepada suami anda.. semoga kite menjadi pasangan yang soleh dan solehah..aminnnnn

Comments

Nieys Zahri said…
eh.. sedihnya baca..

Kak Ayu, memang kisah macam ni sebenarnya bukan hanya ada dalam TV atau novel je.. sebab tu Nieys selalu percaya novel bukan sekadar imaginasi.. walaupun orang selalu kata novel ni khayal je lebih.. huhu..
Ayu Mohamad said…
ha ah betul tu Nieys.. tapi Allah Maha Berkuasa kan... kat dunia ni Dia dah tunjuk..
zino said…
kita ambil iktibar dengan apa yg berlaku..

segala yg baik itu datang nya dari Allah.. dan segala yg buruk itu berlaku atas kelemahan manusia sendiri..
Ayu Mohamad said…
Bro Zino : ha ah mmg pun.. yang baik itu dari Allah Taala dan yang buruk itu adalah atas kelemahan diri kita sendiri
kasutVINCCI said…
syukur la L terlepas jgk dr sengsara. Moga lps ni dia beroleh kebahagiaan.
kasutVINCCI said…
syukur la L terlepas jgk dr sengsara. Moga lps ni dia beroleh kebahagiaan.
kasutVINCCI said…
syukur la L terlepas jgk dr sengsara. Moga lps ni dia beroleh kebahagiaan.
aishah said…
ayakkk..betul eks.....ayak aku la yang paling terlambat tahu eks..sian ...takpe mintajah la semua2 tu dari keluarga kita
Arena said…
UJjian dan balasan Allah datang dalam pelbagai cara kan sis..
Anonymous said…
haruskah aku pi melawat dia since hospital tu nearby my hometown ja?
*lariiiii*
Ayu Mohamad said…
KV : ha tuh laaaaa alhamdulillah dia dah lepas..moga dpt jumpa suami yg baik2 lepas ni aminnnn

Siti : mak dah tau lama dah .. aku pon baru tau smlm :P

Arena : yup.. yang pasti Dia Maha Mengetahui...

Ina : hahahaahaha sejak bila kamu berminat dgn Hospital Tg Rambutan hahahahaha compared to Jaya Jusco Ipoh hahahaha
Puteri Satu said…
macam dalam novel citer ko nih....
Ayu Mohamad said…
PS : aku pon rasa mcm citer drama jer hehehehe tapi itulah hakikatnya...
NBK466 said…
Itulah...tidak didunia, diakhirat akan dapat balasan diatas setiap perbuatan baik atau sebaliknya. Itukan HUKUM KARMA..
Ayu Mohamad said…
NBK : itu laaaa.. mmg benar segala janji Allah itu...
Membaca kisah orang sambil2lah kita muhasabah diri sendiri. Itu sebaiknya....
WRA said…
itula...ada hikmah disebalik kejadian....alhamdulillah buat kakak sepupu Ayu....yg ex-laki dia tu moga2 dia sedar dan mendpt hidayah dari Allah....
... said…
kesiannya L.. tumpang simpati.

utk laki dia tu.. dapat balasan cash kat atas dunia nie.. masuk pusat mental terus..
Sherin de Souza said…
MasyaAllah sampai dah masuk HTR. Itulah kuasa Allah. Sherin sedih baca cerita ni, kesiankan kakak sepupu you tu Ayu. Dah bercerai pun masih ada yg nak torture dia.
Kaklong Syikin said…
tima kasih share citer ni ngan kami. mmg jadi pengajaran sungguh. itulah kuasa Allah, mmg ada perbuatan yg DIA pay cash kat dunia ni esp. bab2 rmhtangga.

moga kita n pasangan kita tak berakhlak buruk demikian. nad'uzubillah.
Anonymous said…
perkahwinan satu perjudian..hohohoho. Ni mak dayah la kata,hehe
Unknown said…
memang satu pengajaran buat semua
Ayu Mohamad said…
BP : ha ah itulah yang sebaiknya..

Kak Wan : tu la..mmg saya terkesan dengan kisah ni.. mmg janji Allah itu benar..

Acik : Allah tidak mungkir janjiNya walau sedikit pon...
Ayu Mohamad said…
Sherin : mmg kesian pada dia.. tapi now dia dah bangkit semula daripada kegagalan yang lalu...insyaAllah semoga dia bertemu dengan lelaki yang baik dan beriman..aminnn

Kak Syikin : mmg pun kak.. kita semua kene sama2 jaga rumahtangga serta peribadi kita kan kak? barulah hidup sejahtera dan diberkati serta dirahmati Allah selalu..aminnn
Ayu Mohamad said…
Dayah : hohohoho pandai adik akak nih hehehehehe :) akak tak pandai main judi mcm mana? hahahaha tak leh bayang ler hehehehehe jgn marah hehehe

Yus : yup. memang pun.. :)
Izhal said…
wah bahayalah syabu... Nauzublillah...
Ayu Mohamad said…
Izhal : yuppp sangat bahaya
Shami said…
Isteri tu amanah Allah, begitu juga tubuh badan sendiri (suami). Kalau kedua2nya kita abaikan...tunggulah azab Allah, walaupun kita tengok mereka itu begitu, dimanakah kedua ibu bapa, adik beradik si lelaki itu....tidakkah mereka berusaha untuk menyelamatkan darah daging mereka itu, yg akhirnya di kenal pasti tak siuman, ertinya tidak waras lagi. Bagi dia mungkin sudah lepas tanggungjawabnya, bagaimana kedua ibu bapanya, adik bradiknya...adakah mereka itu tidak punya tanggungjawab..untuk menjawap segala soalan2 diakhirat nanti....Ya Allah ceriter ini mengandungi moral yang cukup besar..renunglah balik diri kita...dimanakah diri kita kala ini.....
p/S maaf panjang ceramah..he..he..he
Acaii Jawe said…
kak,entry akk ni buat org takut nak kawinla..hehe...baru semalam gi kursus...:)
Alinlai said…
terima kasih kongsi cerita :) ambik iktibar kawan-kawan semua....

Popular Posts