Lanjutan kisah yang kena langgar itu...

Assalamualaikum...

Masih ingat lagi kan kisah adik iparku yang dilanggar tempohari?
Ya.. betul.. yang dilanggar depan sekolah itu...
rasa2nya dah dekat 3 minggu peristiwa itu berlaku. tetapi, tiada wakil drp pihak sekolah yang hadir untuk melawat sekadar berkongsi cerita dan mungkin sedikit duka atas kejadian yang menimpa.

Semalam,
dengan perasaan sedikit terkilan dan kecewa aku cuba mendail pihak sekolah
puas ku dail 103 untuk mendapatkan nombornya..
niatku adalah untuk bertanyakan pihak sekolah samada mereka sedar akan kejadian yang berlaku.. atau...
mereka memang jenis yang tidak ambil peduli..kerana, tahun lepas sewaktu ditimpa kejadian yang sama tidak ada juga wakil daripada pihak sekolah dtg menjenguk(adik iparku tidak hadir 1 bulan lebih) sedangkan sekolah itu sepelaung aje dari rumah mertuaku.

Aku : Assalamualaikum.. boleh saya bercakap dgn cikgu NZ guru kelas Ting. 2 Yakin?

Sekolah : Waalaikummussalam wbt.. boleh cik amik no henfon dia?

Aku : ok...

Sekolah : 017 XXXXXXX

Aku : Cikgu S ada? boleh saya berckp dgn dia? (cikgu S adalah Pen.Kanan HEM)

Sekolah : sebentar yer...

Cikgu S : Assalamualaikum..siapa tu?

Aku : Saya Ayu.. saya call cikgu ni sebab saya nak sampaikan rasa terkilan saya dengan pihak sekolah.

Cikgu S : berkenaan apa tu?

Aku : adik ipar saya kena langgar depan sekolah ..

Cikgu S : (memotong ayat aku) ..bila?

Aku : kalau tak silap sy dah dekat 3 minggu dah. takkan cikgu tak tau?(eeee geramnya takkan tak tau ade org kene langgar depan sekolah dia iskkk)

Cikgu S : tingkatan berapa?

Aku : 2 Yakin dan nama cikgu dia cikgu NZ (aku tau dia tak berani nak tanya nama adik ipo aku tu)

Cikgu S : sape langgar?

Aku : (arghhhhhh geramnyaaaaaaaa) budak sekolah cikgu jugak! kakak nya mengajar sekolah tu. kakaknya nama cikgu NMD

Cikgu S : ooo dia dah pindah...

Aku : (potong ayat dia) ye saya tahu dia dah pindah ke Mersing

Cikgu S : budaknya dah dibawa ke hospital?

Aku : sudah... sehari sebelum banjir. doktor kata nak tgk dulu tulangnya bercantum ke tidak. kalo tak baru nak msukkan besi (tengoklaaaaa! baik punya cikgu. tak amik tahu lansung hal murid-murid!)

Cikgu S : apa yang saya boleh bantu awak?

Aku : Saya rasa terkilan sebab pihak sekolah takde amik tindakan apa2 atas kejadian yang menimpa adik ipar saya. Kaki dia patah cikgu.patah! bukannya bengkak. Saya tau, budak yang langgar tu cakap takde apa pada keluarga dia. sebab tu ayah dia datang lambat melawat adik ipar saya. bapak mertua saya ni mengenangkan jiran tetangga je dia tak report polis.

Cikgu S : Kejadian tu berlaku di luar pagar sekolah kan? dah di luar bidang kuasa kami

Aku : Saya faham memang diluar bidang kuasa sekolah. tapi takkan lansung pihak sekolah tak boleh berbuat sesuatu? contohnya sediakan org yang jaga lalulintas depan sekolah tu ker? atau nasihatkan budak2 sekolah ni hati2 ker atau sape2 yang takde lesen dilarang bawak motosikal ker? apa2 je laa yang boleh memberi kesedaran pada murid sekolah. supaya kejadian mcm ni tak berulang lagi.

Cikgu S : lain kali.. jiran tetangga tu buat rakan bual aje!

Aku : (dah berasap dah telinga ni). org tua ni pemikiran dia lain. tak mcm kita org muda2 nih. dia pikir panjang dia tak nak bermasam muka sesama jiran. sbb kalo apa2 berlaku nanti pada dia dan keluarga jiran2 jugak yang akan tolong dia.

Cikgu S : kalo ada apa2 hal cik boleh dtg sekolah aje la bincang.

Aku : (aduhai...) saya ni duduk jauh cikgu. sebab tu saya call aje cikgu. tu pon tahun lepas saya dah datang jumpa cikgu. saya amik cuti untuk datang sekolah ni.tapi tahun ni bila adik saya kene lagi.. pihak sekolah masih tak buat apa-apa.

Cikgu S : apa yang awak ank kami buat?

Aku : simple aje cikgu. apa lah salahnya cikgu atau kaunselor datang ke rumah and cuba lihat keadaan adik ipar saya tu. sekurang2nya kurang la bebanan yang ditanggung bapa mertua saya tu. sekurang2nya bapa mertua saya tu tau la yang pihak sekolah amik berat. ni tidak!!! cikgu kelas pon tak datang. bukannya jauh.. 5 minit je.. dah sampai..
saya dulu sekolah kat KL seumur hidup saya mmg duduk KL tapi bila saya tak dtg sekolah 1 hari je cukup la.. cikgu dah call mak saya tanya and kalo sakit cikgu dtg rumah tgk keadaan. rumah kami bukannya dekat2 sekolah.. jauh2. tapi kenapa cikgu dulu2 bleh buat mcm tu? cikgu zaman sekarang ni tak bleh ke buat?

Cikgu S : ye.. ye..

Aku : sekurang2nya kalo cikgu dtg rumah mungkin cikgu boleh tau apa yang berlaku. dan mungkin cikgu buleh bantu adik ipar saya tu daripada segi pelajarannya ker.. apa yang patut dia buat untuk mengatasi masalah ketinggalan pelajaran dia tuh. saya tau mmg takde peruntukkan untuk cikgu dtg umah diujung minggu ajar anak murid cikgu dah bgtau saya tahun lepas. tapi takkan takde sedikit amal jariah yang boleh dibuat?

Begitulah antara sedutannya.

aku geramlaaaa. geram giler sebab cikgu S kata "lain kali jiran tu baut rakan bual aje"
maksudnya kalo perlu diambil tindakan ambik aje! jgn nak kesian2 atau nak pikir2 lagik!

dan disebabkan itu lah aku amik kesimpulan.. patut la dia tak tau apa2 pasal anak murid dia! sbb takde hubungan dgn anak murid selepas waktu sekolah! mungkin murid2 itu jadi rakan mengajar aje!

Sekian..

Comments

Anonymous said…
belasah je cikgu tu. geram aku!!!
cikdinz said…
agak nye 1 hari nnt cikgu s tuh balik yg akan langgar budak sekolah. sbb dia punye perangai lebih kurang ngan budak sekolah tuh....

nak kena pelangkong cikgu s nih...
zino said…
le le masaalah nya bila bekerja setakat makan gaji..
Ayu Mohamad said…
Ina : kalo boleh belasah aku dah lama belasah!

cikdinz : ha ah ek.. mungkin juga dia akan dilanggar satu ari nanti oleh anak murid nya masa tu baru dia tau

Zino : hmm nampaknya begitu la.. ataupun mungkin sbb masa jadi cikgu tuh dia dah tak dpt keje lain so amik je jadi cikgu walau tak minat
Anonymous said…
salam,

hmm.. kan bagus kalau ada cikgu2 yg baca entri ayu ni.

baguslah ayu berani cakap kat pihak sekolah.

betullah, at least cikgu kelas mesti datang melawat atau call kan.

agaknya zmn skrg ni salah satu sebab murid2 kurang ajar sbb cikgu2 ajar tak sampai ke hati, hub. pun renggang semacam. yelah, yg penting aku mengajar, dpt tak dpt lantak kaulah..hal ko kat luar, bukan urusan aku..hmm. harap maaf kalau komen akak ni keras.
KakNi said…
Eee geram nyer saya!

Sekolah mana tu?

Rasa-rasanya kalau area KL/Shah Alam harus buat aduan bertulis pada sekolah dan pada PPD, tak ada keprihatinan langsung.

Macam tu ke 'Malaysiaku Gemilang'?
RaFFLeSiA MeRaH said…
lorr...ape mende la cikgu tu, patut dia tu x jadi cikgu...jadi penganggur lagi baik...letih jer belajor tetinggi...otak letak kat kepala lutut gamaknyer...adehhh, aku lak hangin satu badan nihhh...camtu la manusia ni, bila x kena kat diri sendiri, kat keluarga dia sendiri...xnak faham org....
Ajzie said…
Sabar aje eik..ada cikgu mcm tuh eik.. Patut ker nak jadi cikgu??
akirasuri said…
uh uh sungguh hampeh pk hem tu ek.
cuba kalau anak dia yang terkena. hmmm.
Unknown said…
geram pulak ada cikgu mcm ni. Pihak sekolah pun mcm tak ambil peduli. Rasanya nilah punca bila menjadi guru bukan kerana minat, tapi kerana sumber rezeki. Tapi terkilan jugak, tak akan takde rasa tanggungjawab sosial langsung, benda tu berlaku depan sekolah, tak kanlah tak tahu, anak murid sendiri pulak tu....
kakLuna said…
bravo kaAyu..syabbas..syabbas bete..(sambil tepuk2 tangan)

selalu mcm tu la kakAyu..x kira cikgu atau sbg jiran2 atau sbg saudara...bila dh kene batang idung sdiri baru la nak sedar, mungkin ini balasan sbb tak prihatin pd org sekeliling..

kita yang membaca ni,amik iktibar lah..
Unknown said…
Cikgu zaman sekarang! Entahlah. Nak kata banyak pun susah, tak kata pula, banyak perkara berlaku yang tidak sedap kita membacanya.
Memang faham, bila kejadian berlaku di luar kawasan sekolah sudah bukan menjadi tanggugjawab sekolah. Tetapi, tidak adakah rasa tanggungjawab sesama insan? Rasa perihatin seorang guru terhadap murid-muridnya? Mungkin sebab SIL Ayu tu bukan anak cikgu tu. Kalau tidak, mahu dia bawa ke mahkamah. Masa itulah baru dia hendak bertindak.
Kalau beginilah perangai cikgu sekarang, patutlah ramai budak-budak yang mati kena buli di dalam kawasan sekolah.
Puteri Satu said…
loor aku pun geram kat cikgu tu...teruknye perangai...cam tu pun leh jadi cikgu ke?
Ayu Mohamad said…
Kak Syikin : haaa saya dah tak tahan dah kak. tu yg sy call jugak.sy setuju dgn akak. mungkin sbb takde hubungan yg baik antara cikgu dan murid yg sebabkan keadaan menjadi buruk.

Ahni : haa tuh la ingat nak report jugak .. tapi nak tunggu dulu tgk ade tak cikgu dtg umah. mlm td tanya FIL mmg takde yg dtg.

RM : tuh laaaa aku pon tensen gilerrr

Ajzie : tu la patut dorang muhasabah diri dorang semula
Anonymous said…
psstt..jom pi langgar cikgu tu..(aku suda tumbuh tanduk..hihihi..)
Ayu Mohamad said…
akirasuri : tuh la pasal.. geram sungguh

yus : memang terkilan!

Luna : hmm tapi taktau la ade perubahan ke tidak

kak Raina : zaman sekarang ni nak cari cikgu yg mcm dulu2 payah sungguh kan kak?

PS : weii apa kabo? lama tak updet blog? tu la agaknay dia jadi cikgu sbb terpaksa kot
Ayu Mohamad said…
Oren : sabaq ja la ahng nih! hahahaha
Arena said…
Ayu,
ape ker teruk sangat cik gu tuh.. geram aku bace.. itupun cukup baik dah ko berbudi jugak time bercakap dengan dia.. kalau aku, mungkin tak sabar cam tuh..
Ayu Mohamad said…
Arena : tu pon jenuh gak menahan rasa tu.. kalo tak tahan sure dah meletup hehehe
Sastri said…
ih ih.... teruknya...
Isk..isk....anak buah Datuk Hisham sekarang....
Kiah Kardashian said…
speechless saya...

tanda guru guru harus dinaikkan gaji. :P
aNIe said…
Eiii....geram pulak baca pasal cikgu blurrr tu...apalah punya cikgu...tapi kak lady rasa adik ipar kak lady pun kene camtu jugak...budak ni jatuh dalam kelas...telinga siap berjahit...sorang pun tak hantar budak tu balik rumah...balik sendiri jalan kaki...sambil menangins...hubby akak ler yang bawak pegi klinik...tak sorang pun dari pihak sekolah dtg bertanya khabar....
Ayu Mohamad said…
Sas : apa bleh buat..

BP : ko gi sampaikan kat Hisham bleh? hehehe

Zakiah : hmm tuh la kenyataannya. naik gaji? dgn cara kerja begitu?

kak Lady : nampak gaya nya bukan adik ipo sy je yg kena
Anonymous said…
nampak sangat cikgu tu bukan pendidik yang bertanggungjawab terhadap anak muridnya...
Ayu Mohamad said…
MR : tu laaaaaaa sampai la tak p jenguk jugak adik ipaq aku tuh
shafarina said…
Aku sbg salah sorang warga KPM agak malu jugak bila baca story nih. Kengkadang ada jugak cikgu tua yg susah nak belajar adab dan budi bahasa ni.
Anonymous said…
caya la ayu :) chaiyo chaiyo
cikdinz said…
meh kita reramai langgar dia balik...
Ayu Mohamad said…
wan : ni ketua kumpulan Maximus ke nih? hehehehe boleh tak warga KPM amik tindakan :)

Alin : hehehe terserlah dak ke'taiko'an aku? hahahaha

CD : kalo bleh agaknya dah lama dia kene langgo hehehe
ayu_mkay said…
apalah punya pihak sekolah camtu. nak lepas tangan jerk. yg langgor tu pun tak jenguk gak ke ayu? apalah diorg ni kan.. sib baik mertua tu sabar klu idak....
NBK466 said…
Maybe cikgu2 kat sekolah tuh takde anak kot...
Ayu Mohamad said…
ayuMK : bapak budak tu ade le dtg melawat tapi dia siap ckp apa tau, anak dia yg langgar tu ckp adik ipo sy tuh takde apa2. iskk geram sungguh!

NBK : tuh la abg senior.. yg syioknyaaaa anak cikgu S sekelas dengan adik ipo saya tu!
Anonymous said…
Salam Ayu,

Sy pn ada byk hal kalau nk di "geram" kan..3 org anak dgn 3 buah sekolah tentu dgn 30 ragam cikgu!!
Tg paling sy geram, anak sy dan murid² yg lain mewakili sekolah peringkat daerah dalam Kawad Kadet Remaja Sekolah....dari pagi sampai ke petang...tapi pihak sekolah tak sediakan makanan untuk murid²..sy mmg berkecil hati sebab murid² tu berpeluh di tengah padang untuk " mengharumkan" nama sekolah dan Guru Besat di PPD!!!!!!
Dan saya bertambah geram dah berkecil hati ,bila hujung tahun masa penyampaian sijil kecemerlangan, murid tahun 5 tdk mendapat walau sekeping pun sijil!!! Berapa nilai sekeping sijil yang menjadi bukti dan motivasi utk seorg anak kecil itu??? Saya menulis surat rasmi kepada pihak sekolah tetapi jawapan yg diberikan...Hanya murid tahun 6 yg akan meninggalkan sekolah shj diberi sijil...tapi bila anak sy tahun 6,mereka tidak dibenarkan lagi aktif dlm kokorukilum dgn alasan belajar mengejar A dlm UPSR......A utk di banggakan oleh pihak sekolah kpd PPD!!!
Akhir thn, sbb thn 6 tak aktif..langsung tk dpt apa...nk isi borang ke SBP tak der langsung sijil utk sokongan. Sy mintak dgn guru...guru itu menuding jari pada guru ini...guru ini menuding jari pada guru sana.....akhirnya untuk mengawal diri sendiri, saya redha...tetapi cikgu tetap akan bertanggungjawap atas amanah yang diberikan.

Ini adalah 1 kes dari berpuluh2 kes kerenah guru, sy mahu ilmu yg anak sy tuntut itu berkat, sy tak mahu bermasam muka, menyimpam perasaan negatif ...sy perlu teruskan....dan cikgu...awak akan dipersoakan atas amanah yg di beri.

p/s setiap thn nk msk tahun baru mesti potostat sijil lahir dn berbagai..6 thn 6 kali la..tapi kat slip keputusan UPSR anak saya SILAP MENGEJA juga!!!!!!

Wahai hati..bertenanglah...hhehehehe...sori sy mcm lepas geram jer..tu arr Ayu ngapa wat entry menyentuh sanubari mcm ni...:p

Luahan hati ibubapa seorg murid sekolah..hhehehe
Ayu Mohamad said…
Kak Jie,

saya faham apa yang kak Jie rasa tu.. mmg geram kan.. tapi tu la apa yg kite boleh buat untuk atasi masalah ni kan? ni saya belum ada anak lagi ni.. esok2 kalo ada anak pulak nanti tak tahu la mcm mana sy nak menghadapi situasi mcm nih.. aduhaii.. boleh pening kepala dibuatnya..

sabar yer kak..
Unknown said…
saya harap tak terlambat nak beri komen ni... :)

apa yang berlaku antara ayu dan cikgu s akan saya ambil sebagai sempadan.

memang betul... 'contact' antara cikgu dan anak murid sangatlah penting...

tapi saya juga nak meluahkan perasaan di sini... bagaimana dengan 'contact' antara ibu bapa dan guru.. Pengalaman saya, amat jarang ibu bapa datang menjengah guru bertanyakan perihal anak mereka di sekolah.. mungkin kita boleh fikir-fikirkan juga... :)

oh, saya harap tak ada yang menganggap saya terlalu 'defensive', sekadar renungan bersama... :)
Anonymous said…
tentang ibu bapa dgn murid tu, mmg sy akui....ramai yg tak menjengah..tp sy adalah seorg yg aktif ke sekolah...bkn waktu di timpa masalah sj, bila awl thn waktu pembayaran yuran hari pendaftaran ( tiap thn mendaftar ) sy akan jumpa cikgu kelas in person..sy akn ckp.." cikgu, ni anak sy...kalau salah cikgu ajarlah dia,kalau perlu rotan cikgu rotanlah dia, sy serahkan ank sy dgn cikgu"

percaya tidak ada guru takut ibubapa yg "rajin" menjenguk ke sekolah????

Kawan saya selalu jumpa guru anak² dia, perihatin sgt..tp dia mendapat title yg negatif....bila dia dtg cikgu akan menjauhkan diri..sampai anak dia boleh bagitahu cikgu ckp mak ni selalu datang sekolah.....mcm tak percaya cikgu pulak.

pendapat sy yg ibubapa jarang jumpa cikgu tu sbb dia beranggapan "jurang besar" dgn cikgu...mak bapa kt kg tu nk mendongak mandang muka cikgu pun rasa malu..rasa rendah diri, lain mak bapa skrg yg berpelajaran.

Walaupun anak saya tak dpt sekeping pun sijil sebab " tak ada cikgu" nak buat...masa keputusan upsr keluar time cuti sekolah, mana nak cari cikgu nk minta sijil kan......sy masih menghantar kad ucapan terimakasih utk seisi sekolah...sejak anak sy sekolah 9 thn dulu..smpai skrg masih memberi sedikit cenderamata utk hari guru, masih membawa kek utk harijadi guru kelas...bg saya...segala khidmat cikgu tak ternilai dan patut dihargai. Sy sentiasa memandang yg positif ttg guru....ilmu tak berkat kalau ank murid melawan cikgu..itu yg selalu sy pesan....apa kejadian negatif yg kita alami, itu dugaan....walau berkecil hati...kita kena redha.
Siti Zaiton said…
geramnya aku ngan cikgu tu...macam nak bakor jer keter dia..
mmg cikgu skang tak macam dulu...bila parents prihatin skit kata parents tak caya kat cikgu..tapi kalu camni perangai cikgu...entahle...
senangnya dia ckp sbb jd kat luar pgr..tu luar bidang kuasa dia...aku doakan dia atau anak beranak dia kena benda yg sama...masa tu baru la dia paham perasaan FIL ko tu..
aku sentiasa yakin Allah akan membalas setiap perbuatan kita...be it Baik atau sebaliknya...lagi best kalu tuhan tunjuk kat dunia lagi...bukan nak jadi jahat tapi just to show them sesungguhnya Allah itu maha adil dan maha mengetahui...

ps:emo la plak ptg2 ni...:)

Popular Posts