Siapakah yang bersalah?

Assalamualaikum....

Masih jelas diingatan ini.. 14 tahun yang lalu... tika itu aku baru sahaja menjejakkan kaki ku ke Sintok Kedah.. yaa... demi meneruskan harapan keluarga serta cita-citaku, aku membuang jauh perasaan sedih kerana berjauhan dengan keluarga dan juga sahabat baikku. Aku lah antara yang paling popular sekali di kolej ku kerana selang 2-3 hari pasti ada saja surat atau poskad yang ku terima daripada sahabat2ku.

Suatu hari, masih ku ingat lagi, aku baru pulang daripada dewan peperiksaan. Alhamdulillah itu adalah kertas terakhir ku sebelum aku pulang bercuti. Aku menalifon mak menyatakan semuanya telah selesai dan insyaAllah aku akan menghadiahkan keputusan peperiksaan yang baik untuk mak dan abah. Terlanjur mendapat peluang menalifon mak, aku lantas menalifon sahabat baikku N. Aku yang pada awalnya begitu gembira untuk mengkhabarkan berita kepulanganku tiba-tiba berubah menjadi mendung..... "Ayu aku akan menikah sekejap lagi....." bagaikan nak terduduk aku tika itu.. luruh jantungku.... lemah lututku... "Secepat itu?????" aku ucapkan tahniah dan terus mematikan talian.

Kenapa aku merasa sedih di atas pernikahannya itu..? yaa aku seharusnya gembira dan berkongsi kegembiraan yang dirasainya saat dan ketika itu.. tapi tidak.. aku tak boleh terima kenyataan itu. Terlalu awal bagi N untuk melansungkan perkahwinan di usia 18thn! Ya.. masih mentah lagi! alasan N ialah dia ingin meringankan beban orang tua nya. Aku tidak dapat menerima alasan N itu. Aku kecewa! Walaupun keputusan SPMnya tidak sebaik aku tapi masih ade banyak lagi peluang untuk N menebus kesilapan itu. atau sekurang2nya N boleh bekerja sekiranya N ingin membantu keluarga.. Suaminya bekerja dengan Petronas.. yaaa jurutera Petronas.. tak mengapalah.. mungkin benar kata N, mungkin dia dapat ringankan beban keluarganya. Siapalah aku untuk mengatur hidup N.. aku hanyalah teman baik satu ketika dulu sebagai tempat berkongsi suka duka. dan aku yakin selepas berkahwin kami pastinya akan terputus hubungan! Ya.. memang benar.... sejak itu, tiada lagi khabar berita.. tiada lagi gurau senda.. tiada lagi masalah yang dikongsi bersama.. Hidup N adalah untuk suami dan anak2nya sahaja. dan aku redha!..
3 minggu yang lepas, aku mendapat panggilan daripada N!.. Ya Allah.. rindunya akuuuu!!!! rindunya aku padamu N... Ucapaan mu yang pertama selepas 14 tahun ini..
"Ni aku ni N...kau ingat lagi ker?"
"Ya.. Allah.. N!!!!!!! lamanya aku tak dengar khabar berita kau...rindunya akuuuu"
"Ayu, kau masih mcm dulu jugak.. suara kau, ramah kau, masih tetap Ayu yang dulu..."
" Aku memang la tak berubah. kau je yang tak nak cari aku.. aku nak contact kau punyalah susah. asyik tukar nombor phone aje."
"Ayu, aku nak mintak tolong kau, aku nak cari kerja ni..aku desperate sangat ni.. kalau kau dengar ade keje kosong kat mana-mana kau inform aku yer.."
Janji diikat dan kami juga berdoa agar kami bisa bertemu semula bersama dengan Azah, Ani, Khairani, Amy dan Syabilah...
Minggu lepas aku menerima sms daripada N. bertanyakan khabar berita kerja kosong yang sangat didambakan. tanpa berfikir panjang aku membalas sms nya..
"wei.. kau ni, hubby kau kan kerja bagus2..gaji mesti dah tinggi gila.. yang ko sibuk2 nak cari keje ni kenapa?"
sms ku dibalasnya....
"aku desperate la ayu.. hmm banyak yang kau tak tau.. hubby aku dah berhenti kerja..dah lama dah. sekarang ni hubby aku kerja tak tetap. kalau suka dia kerja kalau tak serasi dia berhenti."
aku yang maish tidak faham dengan apa yang berlaku ini, mula melontarkan soalan demi soalan ..
akhirnya.. terjawablah persoalan yang sekian lama aku pendamkan.. selepas berkahwin, N la orang yang paling susah untuk dihubungi....
- suami nya itu sebelum berkahwin dengannya adalah seorang yang menjadikan najis dadah itu sebagai teman baiknya..
- selepas berkahwin tidakl dpt meninggalkan najis itu
- kaki perempuan, minum arak...
- berhenti kerja tanpa berbincang dengan isteri
- mertua pula hanya menyalahkan si isteri
- mertua setuju suami berhenti
- mertua mengata isteri mcm2
- sekarang, isteri tinggal dengan mak ayah sementara suami dgn mak ayah nya sendiri (baru mak nya tau perangai sebenar anak nya itu. mak nya yang terpaksa menanggung hidup bangkai bernyawa itu..)
- anak seramai 5 orang itu harus dijaga dengan baik dan jangan dihancurkan masa depannya hanya kerana kesilapan ayah nya!
anak sulung bersama mertua dan yang 4 lagi N yang menjaganya(isteri)
Arghhhhhhhhhh beratnya dugaan yang harus kau hadapi N.. aku tau.. kau itu jenis yang tidak melawan.. lembut tingkahmu... baik hati dan budi mu...
Rupanya, N mendiamkan diri daripada kawan-kawan kerana dia malu! malu bersuamikan suami yang sebegitu.. malu berkeluarga mentua yang berat sebelah begitu.
Tapi N.. kami kan sahabatmu.. mungkin kalau 10 tahun yang lalu kau suarakan masalah mu itu, mungkin lebih awal kamu telah dapat merubah nasib mu itu...
Kata N, dia sudah puas mengalah.. kali ini dia mahu bangkit daripada belengu masalah ini. Biarlah suaminya itu dengan dunia nya sendiri.. bila sudah ade kerja tetap, N mungkin dapat mengorak langkah menyusun semula kehidupan nya yang telah hilang lebih 14 tahun yang lalu.
Ku berikan kata-kata perangsang buat N untuk meneruskan hidup ini. Aku kata dengan N, jagalah harta yang dia ade sekarang ini yang seramnai 5 org tiu, kerana harta itu lah yang akan N bawa sehingga ke akhirat kelak dan semoga N tidak patah semangat! aku berjanji akan cuba untuk membantu N.. dan sedari dulu lagi.. aku merasakan pernikahan itu satu kesilapan besar buat N.. tapi siapalah aku.. Allah Maha Mengetahui
kawan-kawan yang budiman sekelian,
ade tak saluran yang boleh dihubungi agar masalah N dapat diringankan.. atau pun sekurang-kurangnya kalau ada pihak yang dapat memberi kaunseling atau nasihat agar N dapat merubah kehidupannya.
atau kalau ada sesiapa yang nak minta orang jaga anaknya, atau nak jadikan pembantu rumah (balik hari) di kawasan Hulu Langat, Batu 9, Cheras dan Kajang boleh la menghubungi aku. N adalah ibu yang lemah lembut dan sesuai untuk mengasuh anak-anak. Atau ade sesapa yang perlukan guru tadika, pembantu kedai... kerani.. minta tolong yer... Thank you very much!
p/s : buat sahabatku sekelian, maafkan daku kerana lama menyepi.. aku tidak punya banyak sela waktu yang kosong untukku coretkan isi hatiku di sini.
p/s 2 : isnin - khamis.. aku akan berkursus di Tiara Beach Resort.. sesiapa yang dekat tu meh la dtg menjengukku :)

Comments

Anonymous said…
Ayu, aku kenal ke si N ni? Is she the same batch with Bedah & us? I'll call you once you really settled down k... at this moment i'm swamped with my dateline and such and can't even breath properly yet.

Lancome
cikdinz said…
kadang-kadang apa yg keluarga buat pon tidak betul.
kesian pada dia. kawan yg ada perlulah membantu...
Taiko said…
Salam..

Maaf mengganggu.. boleh bagi saya 5 minit?

Anda dijemput ke http://bajukerja.blogspot.com untuk menjawab beberapa soalan survey mengenai pakaian yang anda pakai.

Keikhlasan anda amat saya hargai :)

Terima Kasih
Sastri said…
aiseymen... ni yg wat fobia ni... fobia, fobia...
NBK466 said…
Org lelaki...perlu ler mainkan peranan & tanggungjawab sebagai seorang BAPA/SUAMI...telah diutuskan kaum lelaki itu sebagai KHALIFAH dimuka bumi kan?...
zino said…
hidup perlu di teruskan.. berusaha dan beriktiar la.. supaya nasib malang dia akan berlalu..
ummi said…
salam.

aiseh, miss sikit aje. saya baru book pembantu rumah 2 hari lepas. pulak tu kena sgt sbb dekat dgn rumah saya di Cheras. nanti saya tanya2kan tadika anak2 saya tu kot nak pembantu.

kebetulan saya pun graduate from UUM, konvo july 1997.

email saya di ti109822003@yahoo.com
Anonymous said…
lama dah tak jenguk blog ayu. Tuan rumah pun asyik bizi jek. Hehe
Kesian sungguh kat N tu.. hanya pd kwn2 tempat yg boleh bergantung harap.
Siti Blogger said…
Sedih and simpati dgn nasib N. May Allah gives her strength.
RaFFLeSiA MeRaH said…
sekadar nak bgtahu kita dah kembali untuk berblog...hehehe...
Ayu Mohamad said…
Lancome : yes u definitely do!mmg kenai sangat! thanks for calling me hari tu

CikDinz : kami kwn2nya sedang berusaha untuk membantu N

Taiko : nanti bila free saya ke sana yer :)
Ayu Mohamad said…
Sas : kalo dengan BP takkan nak fobia kot hehehehe

NBK : kalo semua lelaki berfikiran begitu kan senang! doakan aje mudah2an semuanya baik2 untuk N sekeluarga

Bro Zino : yaaa ni la yang sedang kami usahakan.. untuk membantu N supaya bangkit semula!
Ayu Mohamad said…
Kak Ummi : aduhaiiiii sayangnyaa.. takde rezeki la tu agaknya.. hmm kalau ada kerja disekolah tadika tu nanti bagitau yer.. nanti saya email akak :) thanks anyway.. saya UUM juga grad Aug 98

KV : mmg busy sgt deh! tapi bila ade ruang kite gi melawat blog kengkawan cuma tak sempat nak bg komen je :)

nin : thanks.. mmg kami kawan2 pon berharap dia tabah dan bangkit semula..

RM : ooo ok.. aku pon baru nak mengaktifkan diri ni hehehe
Anonymous said…
ayu...ingat lg tak kita? ayin kwn bespren awak si ina tu..lama kan kita tak mengomen blog awak..selalu baca je..agak bizi jugak dulu2..la ni agak releks sket..pasni mgkn agak bizi balik... berapa byk agak daaa... tmbh lg bizi psl kita tgh cuba2 nak bisnes ni.. (utk keterangan lanjut sila hubungi saya personally <- pesanan penaja tu heheheee...)

kita ari tu ada dengar taska anak kita tu nak carik pengasuh budak tp tak sure la pulak nak lg ke tidak.. tp lagi satu kan...jauh la pulak...kat bangi nun... emmm... takmo kenalkan kita ngan n tu ker? heheheee... mana tau kot2 ada terjumpa iklan keje best2 ke leh berurusan direct ngan dia...

Popular Posts