Jangan Mengeluh....

Kita selalu Bertanya....
dan Al-Quran sudah menjawabnya. .........

KITA BERTANYA :

KENAPA AKU DIUJI?

QURAN MENJAWAB

"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," ("I am full of faith to Allah") sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan, sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta." -Surah Al-Ankabut ayat 2-3

KITA BERTANYA :
KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN?

QURAN MENJAWAB

"Boleh jadi kamu membenci sesua tu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." - Surah Al-Baqarah ayat 216

KITA BERTANYA :
KENAPA UJIAN SEBERAT INI?

QURAN MENJAWAB

"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya. " - Surah Al-Baqarah ayat 286

KITA BERTANYA :
KENAPA RASA FRUST?

QURAN MENJAWAB

"Jgnlah kamu bersikap lemah, dan jgnlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu org2 yg beriman." - Surah Al-Imran ayat 139

KITA BERTANYA :
BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?

QURAN MENJAWAB

"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan) , dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah (be fearfull of Allah The Almighty) kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan). "
KITA BERTANYA :
BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?

QURAN MENJAWAB

"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk" - Surah Al-Baqarah ayat 45

KITA BERTANYA :
APA YANG AKU DAPAT DRPD SEMUA INI?

QURAN MENJAWAB

"Sesungguhnya Allah telah membeli dari org2 mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka... ? - Surah At-Taubah ayat 111

KITA BERTANYA :
KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?

QURAN MENJAWAB

"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dari Nya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal. " - Surah At-Taubah ayat 129

KITA BERKATA :
AKU TAK DAPAT TAHAN!!!

QURAN MENJAWAB

"... ..dan jgnlah kamu berputus asa dr rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dr rahmat Allah melainkan kaum yg kafir." - Surah Yusuf ayat 12
Nota: Peringatan ini aku terima dari sahabatku yang prihatin pada diriku.Terima kasih sahabatku yang memperingati diriku......

Comments

Puteri Satu said…
wah...aku pembuka komen aar..ko kena kasi adiah kat aku tau!...
aku suka baca citer2 gini di pagi jumaat yang indah ini....huhuuu...besh..besh...tiap jumaat ko tarukla entry cenggini ye...best....aku suka...
Anonymous said…
ayu, such a beautiful and meaningful quotes u have here and no doubt i need ALL of it to keep me going strong with what i am doing rite now.. so, do u mind if i import the whole of your today's entry into my blog? As a reminder whenever i look back later?

-hazel-
Ayu Mohamad said…
PS : insyaAllah...!

Ija : no worries.. amik je lee... and for u to know, kami semua sentiasa doakan that u can go thru semua dengan jaya nya.. okeh? u take care.
Salam Ayu,

Perkongsian yang baik di hari Jumaat ini. Semoga perkongsian ini dapat mengingatkan kita semua. InsyaAllah.
arsaili said…
salam kenal..good tazkirah di hari jumaat
Ayu Mohamad said…
BP : Salam.. peringatan untuk kite semua :)

Arsaili : salam kenal utk awak juga
cikdinz said…
semuanya jawapan ada didalam alquran.
jadi bila kita baut semua benda berlandaskan alquran dan sunah, maka berkatlah hidup kita, kan....
Sastri said…
hmmm... kadanag2 kita leka hingga lupa... terima kasih kerana mengingatkan... :D
Ayu Mohamad said…
CD : yup semuanya dah ada.. cuma kite je nak atau tidak mencarinya..

Sas : kite memang biasanya leka dan sering terlena
Ummi M.I.M.S said…
sungguh menyentuh hati.. buatkan hati ummi yg leka kembali tersedar...
zino said…
satu perkongsian ilmu .. teruskan dengan posting bagini..
Anonymous said…
Katakan pada diriku Tak Nak mengeluh lagi.

Tadi terbaca satu entri lain,Allah anugerahkan sayap pada semut, dan semut gunakan sayap untuk memusnahkan dirinya.

~mazudi.com~
Ayu Mohamad said…
UMM : sama2lah kita perbaiki diri kita :)

Bro Zino : InsyaAllah...
Ayu Mohamad said…
Mazudi : ya.. katakan TIDAK MENGELUH LAGI..
Sama juga mcm manusia Allah kurniakan 2 belah tangan tapi kita tak gunakan sebaiknya.

mcm contohnya pencuri la.. dia gunakan tangan , mata dan tubuh badan yang sihat untuk mencuri.. maka dia telah menggunakan kurniaan Ilahi tu untuk melakukan kemusnahan pada diri nya sendiri.

Popular Posts