2 days after....


Salam....

Penatnya mata ..aduhaiii tak tertahan lagi..
Mana taknya... bersengkang sampai ke jam 2 pagi
membuat lintas lansung bersama-sama Luna tak henti-henti
hati terkejut tidak terperi
melihat keputusan yang terpampang di tv
akhirnya aku undur diri
kerana mata tak dpt bertahan lagi
meninggalkan Luna sendiri
sambil berpesan "jgn lupa sms akak nanti"
nasib baik la ber'cuti'
kalau idak alahaiiiii abislah subuh ku lari


I was glad that I actually made a move and be one of those voters (pada awalnya aku mcm tak yakin nak pegi.. )

aku mcm dah patah hati sebab abah aku tak dapat mengundi and he was so frustrated. only mak aje yang nama nye ada. I wonder what happen to nama abah. Yang kelako nya mak aku undi pos disebabkan mak aku adalah isteri kepada abah aku seorang polis pencen. tapi end up nama mak ade nama abah plak yang takde. Dan nak cari nama mak aku tu plak .. kata mak kene bukak kotak and list nama mak aku duduk nun di lapisan kertas yang paling bawah.

aku jadi macam was-was sebab aku rasa macam ade sesuatu yang tak betul aje.

tapi sesuatu telah menusuk ke jiwa aku.. eh ni kan first time aku mengundi. aku ada hak untuk bersuara. selagi aku tak didaftarkan sebagai pengundi pos (sebab hubby aku tentera kan) maka aku boleh pilih tempat dan di mana aku nak mengundi :) aku mengundi di Sek Taman Cuepacs .. DUN - Dusun Tua dan Parlimen - Hulu Langat.

Pergi la aku memandu ke sana ditemani mak aku dan adik aku. dan setelah selesai mengundi aku rasa puas.. yeah.. puas sangat!

Tapi aku sedey..... sebabnya masa aku daftar di meja SPR tu aku tengok banyak nama yang tak bertanda. maksudnya mereka semua tu tak sampai lagi sedangkan waktu tu azan asar sedang berkumandang... .. apa sebabnya yer... tepat kol 5 semua pintu pagar sekolah yang menjadi pusat mengundi pun dikunci.

Semalam kawan abah datang ke rumah menziarahi kami sekeluarga. rupanya pakcik Kassim pon sama kes dengan abah. Nama nya tiada tapi nama isterinya ada. Abah dan pakcik Kassim kata "kami tak cukup umur lagi.. sebab tu takleh ngundi" tapi aku tau.. jauh disudut hati mereka ralat kerana mereka tidak dapat menunaikan kewajipan pada negara.

Zirap, aku rasa aku takleh join ko.. takpe laa aku ade plan nak gi dengan bapa mertua aku nanti sekali dengan Fizi. Tapi aku kirimkan doaku boleh? and aku yakin ko tau apa doa itu :)

Buat kawan2 yang lain.. maaf kerana dah lama tak menziarah. Masa sangat mencemburui aku. Ni pon dah kene sound banyak kali dengan hubby, Ina dan patin hehehehe..

Ok.. kepada yang menang harap2 dapat bekerja keras menunaikan kewajipan dan amanah yang diberikan rakyat.. jangan lupa juga tunaikan segala janji janji yang diberi...kepada yang kalah.. moga2 ia menjadi satu pemangkin untuk menjadi lebih baik lagi dan jumpa lagi di pilihanraya akan datang...

Buat Nek Mon... tak yah la bertanding lagi PRU depan.. membazir duit Nek Mon aje.. :) kan baik duit tu simpan leh gi Mekah kan.. ok Nek Mon..


Ok kengkawan.. bawah adalah gambar-gambar buat tatapan kawan-kawan

pandangan daripada atas Bukit Busu di Lumut Perak.




Lumut Water Front

Penang

Comments

DeLinn said…
since when ko gi penang ni?
Ayu Mohamad said…
lerrrrr masa raya cine leee lepas kenduri kat Kulim aku terus gi penang. kamu bukan ke nunnnn jauh di OZ sana kan?
Anonymous said…
hahahhaha.. akhirnya update gak.. yangtak puaih ati nyer siap tepon aku lagik tu.. ni ada dah komen dah ni.. aku nak berblog gak laa pas tu nak update tiap2 ari.. biaq hang tension.. :)
Ayu Mohamad said…
patin : aku cabar hang!!! nak tengok! hahahaha ka ka hang lagi teruk drp aku hahahahaha
NBK466 said…
Tidoq pukul 2pg mlm/pagi Ahad tuh kira awai ler... Den t'lolap kul 3:30pg & TV pulak yg tengok den..he.he..he..
Anonymous said…
my dear ayu.. it's already 4 days after.. hahahhaa.. hang ni tak up to date laaa
Alinlai said…
lalu je dpn marina tu blom sempat masuk...ada apa ye? yeyeyyeyeyyy..minggu depan balik penang ke ke ke
Ayu Mohamad said…
NBK : hahaha ramai gak yg tv tgk depa hehehe

patin : heheh ye laaa :P hang dan nak mengata aku nooooo

Alin : takde apa tapi pemandangan cantik laaa...

Popular Posts