Dilema...

Assalamualaikum...

Petang semalam balik dengan Abah.terlanjur Abah di taman Melawati memantau kerja-kerja memasang pintu di rumah yang bakal kami duduki minggu depan(argghh dpt kah aku duduk di sana hehehe), Abah jemput aku balik then amik mak di Tabung haji. perjalanan smooth. Jalan Tun Razak pun tak jem. Alahmdulillah.

Dalam perjalanan, Abah bercerita tentang kehilangan handphone pekerja Indonesia, Alex nama nya di rumah kami. Kata Abah, mereka semua berada di tingkat atas sedang sebok memasang pintu. While Abah pulak sedang solat. Nasib baik la Abah bawak naik beg abah ke atas sbb nak bersolat .. biasanya Abah mmg tinggalkan beg di bahagian bawah... Masya Allah.. sabo jek la.. rupanya Abah ckp sebelum ni selama Abah berada di sana memantau kerja2 menyiapkan renovation rumah kami tu, memang abah pernah terserempak dengan org yang tidak dikenali masuk ke rumah kami tu. Bila nampak Abah, orang tu pun lari. Kesian Alex. Ni kali kedua kehilangan handphone sepanjang proses renovation berlaku.

Apa yang merisaukan aku ialah... belum pindah rumah dah ade kecurian berlaku. Kalo dah pindah bagaimana? aduhhhh... risau seh! Bukannya apa.. selama aku hidup di dunia nih hanya sekali aku pernah tinggal di kawasan awam. tu pun waktu aku keje si Sg. Petani..setahun jer aku duk sana. Tu pun aku trauma la jugak. Umah sentiasa aku nak kunci. Tido malam pun telinga berjaga-jaga jer.. apatah lagi bila jiran sebelah umah dimasuki perompak 3 hari sblm kami masuk ke rumah sewa kami tu.Bila dengar bunyi pagar dibuka aku mesti terjaga.pastu aku mesti nak dengar umah aku ke umah sebelah.. dah la umah sebelah tu budak2 kerja kilang.. dorang kdg2 balik keje kol 5am kdg2 kol 3am pon ade gak dorang balik umah.

Aku dah biasa dok umah dlm kawasan selamat jadi bila ke kawasan awam aku jadi cuak le sket.. Asyik dok dalam kem jer.. sonok ler.. kete tak berkunci pon takper.. abah kdg2 siap tinggalkan kunci van dia dlm van and tak kunci pon van.. pon selamat.. umah aku tak pernahnya berkunci.. takde sapa pun kisah. Kat Lumut pon sama. dok dlm kem jugak. . sama jugak.. umah tak kunci pon takper..

Aku risau plak sbb takut mak dgn abah aku nanti kalo dorang tinggal berdua je kat umah tu camner? selama nih dorang lagik la lama dok kat kawasan selamat kan. aku takut dorang alpa. takut dorang bukak pintu depan pastu gi dapur tgk2 nanti org masuk plak umah.. tak pun bukak pintu dapur pastu lupa nak tutup and g depan.. dah org masuk ikut pintu dapur plak.. adehhh... tolon... tolon....

Apa yang patut aku buat supaya aku dpt menghilangkan kerisauan aku ini ya..

Comments

aishah said…
adoii biar betoi...isk ni yang buat aku serba salah ngan risau ni..karang senang2 je depa masuk rumah kita...adoi ni yang takut nak tinggalkan mak ngan abah berdua...ko ni pi lak cerita pintu umah tak kunci tu napa karang perompak masuk plak umah kita tuh..isk ada ke ko ni...rumah kitowang yang berkunci tu pun leh masuk pencuri...wa.....ko dah buat aku risau la....nasib baik abah bawak beg abah naik atas..kalau tak.....pesan ngan abah berhati2...ye la rumah tu depa tak pernah nak kunci...mesti pencuri tu tahu dah nak masuk ikut mana...masa bila....sebab masa dok buat rumah tinggal macam tu je....abah pulak baik sangat...isk..
Sya said…
ayu.. kak sya 2 kali dok rumah kawasan perumahan baru yg tak ramai penghuni. Alhamdullilah tak de le kena musibah, kena banyak berdoa dan sebelum kunci pintu kalau nak kemana2 kak sya memang amalkan surah Al Ikhlas semasa mengunci pintu rumah dan pagar.
Sya said…
ayu.. kak sya 2 kali dok rumah kawasan perumahan baru yg tak ramai penghuni. Alhamdullilah tak de le kena musibah, kena banyak berdoa dan sebelum kunci pintu kalau nak kemana2 kak sya memang amalkan surah Al Ikhlas semasa mengunci pintu rumah dan pagar.
Kopi Suam said…
Ayu nanti hang pasang le sensor kat belakang umah tu...move detector maknanya kalau ada orang lalu kt situ loceng bunyi ke..lampu menyala ke...

pastu buat le cam sofira ajar tu buat pendinding
erm..
kesian alex..lain kali, soh dia simpan hp dalam porch bag and bawak kemana-mana dia pegi.

tak pon soh jer dia beli hp cikai untuk di bawa ke tempat kerja.haha
Ayu Mohamad said…
Siti : bih tuh aku nak wat camner weiii.. tapi mak dah ckp dah smlm dgn abah.. kunci le pintu belakang tuh. kalo dok atas kunci le depan belakang
Ayu Mohamad said…
Kak Sya : haa nanti sy ckp dgn abah and mak saya ek..

Zirap : aku ade terpikir jugak la tuh. smlm baru terpikirnya. maklumlah selama ni tak kisah sgt..

Semut : abah dah ckp dah dgn si alex. tu pon sib baik dompet dia letak dlm poket.asalnya dia mmg tinggal kat bwh.tp sbb lepas lunch dia terbawak terus naik atas..
Mamamanja said…
isk.. x suka tul ngan pencurik nih! naper ler suka sgt nak mencurik? xde koje lain ker? kak ayu dok kat dlm kem tu x kunci sumer x takut plak ker kot2 org dlm plak wat hal? mana la tau kan?
aishah said…
isk tu arrr ...kang abah lupa lagi aku nak tepon mak jap lagi..weii bila benornya nak pindah??takkan hujung minggu ni??cuci la rumah dulu..minggu depan ar pindah leh aku aply cuti 2 hari ..cukup tak..ke tiga hari ke...
WRA said…
dah nama pun pencuri...kita jaga camana pun kalau dia nak curi, dia ikhtiar jugak kan? itu ler, kita boleh ambik langkah berjaga2 dan selebihnya tawakkal je la ek?
pagar rumah cam kat blog Aidura tulis tu la nampaknya....

akak ni pun bercita2 nak pindah rumah, cuma tak tau tarikh je lagi...rumah dah ada, belum "book" secara rasmi lagi kekekek...nanti nak kena buat sama la jugak nanti...nanti akak boleh order bunga tu bila dah pindah, insyaAllah kekekeke...
Ayu Mohamad said…
MM : dlm kem tak deorg berani buat hehe. tp mmg takde la kes curik2 nih hehehe setakat ni alhamdulillah ler..

Siti : weii abah kata 22 hb nak pindah. ahad ni la. jumaat ni atau sabtu ni leh basuh umah la.. ahad pindah besar2an. atan pon dah kensel nak g melaka
Ayu Mohamad said…
Kak Wan : akak order je la dulu sbb takut sy tak balik kampung lg heheh simpan le dulu mungenya. dah pindah umah br pakai ehehehe.. gi le nengok gambo baru kat link PerniagaanKu tuh hehehe
... said…
tak senang hati kan kalau perasaan takut kita menjelma.. tu lah, bila abang acik berpindah ke sg buluh 2 tahun lepas, macam seram je nengok kawasan perumahan tu, sunyi gitu. Tapi Alhamdullilah, sampai skang nie takde apa2 kejadian yang tak ingini berlaku..

tapi dorang kat sana pun berhati2 jugak.. jiran yang tinggal kat taman tu buat round tiap2 malam, bergilir2.. orang panggil apa tu RELA kot.. tak pasti sangat.. :D
Ayu Mohamad said…
acik ila : tak kisah la RELA ke apa kan cik hehehehehe.. harap2 takde apa la berlaku.. insyaallah...
zino said…
masa renovation je dia org ni ambik kesempatan.. biasa berlaku tu.. bila dah siap nanti ok tu..

at least pintu depan dan pintu belakang guna solid door.. (pintu kayu yg mahal sikit)..selain geriji tu.. inshaAllah selamat..
Ayu Mohamad said…
Bro Zino : InsyaAllah... mudah2an takde apa2 berlaku ek.. pasnih takleh la nak gi pasar mlm BTR.. takde la lagi aktiviti parking di lrt BTR then gi pasar mlm Jln TAR pastu masa balik g mkn kat velodrom tuh.. uwaaa sedeynyaaa
Biasa la di KL ni kes-kes kecurian ni.. btw, taman melawati? kat depan-depan ni jer la.....hehehe..
Ayu Mohamad said…
BP : Uishhhhh dekat ke kite nanti? hehehehe
NONIE AZIZ said…
Ayu: buat pendinding rumah...jgn lupa kunci pintu...dak pun hang buat2 pasang macam bom kat badan hang sahih pencuri tak mo msuk...takut meletup sekali...kihkihkihkih...sorilah aku mengong hari ni...tiap2 hari pun aku mengong jugak!!
lempoyak said…
bebaru ni aku blk melaka adik aku cerita minggu sebelum tu rmh aku kena masuk penyamun.

Selama lebih kurang 15thn duduk kat tmn tu, belum penah lg rmh aku kena pecah masuk, even mmg rmh tu tak de pintu gate dan pintu dpn pun sentiasa tak berkunci (sama je mcm rmh ko ayu)sepanjang 15thn tu, walaupun penah pegi holiday sampai ke penang. kami selalu bertawakal je.

mana tahu hari tu nasib tak baik kene masuk penyamun pulak. Tp kata mama mungkin ni pernyamun tarbus(bdk2 kecik)sebab brg kemas ma & hp papa tak terusik langsung. Cuma dia amik tabung duit syiling adik2 dgn kotak coklat kat bilik aku tu je(lebihan coklet masa b'day adik aku)..

mama syak anak jiran sebelah sbb auntie kedai runcit kat tmn aku kata dia selalu dtg tukar duit syiling kat kedai. tah le..

**panjang nye.. sorry ye ayu...
Ayu Mohamad said…
MR : hahahaha hang ni memang la weiiiii... kalau org hat tak kenai hang sure tak percaya hang la yg berkata2 ituh hahahahahahaha
Ayu Mohamad said…
Lempoyak : takpe bio panjang2 ko tuh bukan rajin no nak updet hahaha ni gamaknya ko tgh ade mood la ek :P

isk bebudak kecik ni bio betul.udah pandai masuk umah org ambik duit org ni.. isk bahaya sungguh weiii.. takut2 15 thn lagik depa jadi penyamun sungguh.bukan penyamun tarbus lg.. hati2 le.. *aku plak nasihatkan ko hahahahahaha
aishah said…
kakyu aku dah aply cuti isnin ngan selasa ni.....ahad lepas kelas tu aku balik cheras la....ok?huhuhuhu aku takder no. opis ejal la...
Shami said…
Ayu, Dulu, masa last sewa rumah kat Greenwood kg changkat, pernah pencuri masuk rumah, main pukau, dia gergaji grill pintu dapur dan pecahkan tombol pintu kayu shami dan husb & anak2 tak sedaq pun, yang shami tau anak shami, yang no 3 nangis nak susu, shami boleh bangun tapi mata tuh..pedih yang amat sangat..rasa heran jugak tapi tak ingat apa2 pun, bila pagi baru sedar anak shami tolak pintu macam tu dah terbuka..dia cuma dapat ambik rantai shami yang rosak dalam beg dan duit RM170 dalam handbag dan HP ericsson husb., bila pagi sedar buat report polis, depa mai check, kena pulak sarjan tu sedara, dia kata ini bukan pencuri biasa, dia main pukau nih gaya kopak pintu, tu dah tau dah..mana boleh tuan rumah tak jaga. Masa mula sedar tu, try tipon hp husb dia jawap pulak, minta dia hantar balik hp tuh jer ..sbb ada banyak no tipon customer...dia tak layan.
malam berikutnya kami buat solat hajat..pas tu malam tidur bukak lampu dapur..esoknya bila shami bangun nak keluar sidai kain kat belakang, lah ada handbag orang lain pulak kat depan pintu, dapur habih meremang bulu roma..sampai terjerit...bila bukak ada dompet orang tu dan kunci kereta. Bila bukak jiran depan rumah shami.. punyer. Maknanya dia datang 2 malam berturut2. mungkin dia kepanasan atau tak tentu arah kut..tu yang dia tinggal kat pintu belakang rumah..shami, sebab pesan orang kalau kita kena kecurian cepat jam tu jugak buat solat hajat, sebab kalau dia masih pegang barang tu dia akan pulangkan balik kalau dia dah belanja atau tukar tangan payah nak dapat balik. Biras husb camtu tu jugak, dia buat solat hajat cepat, pagi, petang orang tu pulangkan balik semua, barang kemas, dia letak kat tempat dia ambik jugak..tepi semak kat tingkap bilik.

Biasanya, bila masuk rumah baru shami amalkan baca surah Al Baqarah selalu, baca surah yassin 40 kali jumaat, dan berbagailah, dan kalu nak tinggal rumah bila dah nak kunci pagar tu bacalah bismillah...badan tu ngadap rumah dan kunci pagar, pas tu jgan toleh terus pergi..

Dalam bulan puasa lepas banyak kecurian kat perumahan shami, kami semua takut sebab nak balik kg lagi rumah tinggai lama. so kami pakat2 lepas solat terawih, ustaz baca fatihah, baca 3 qul lepas tu ayat kursi kat sebesen pasir bagi sorang sikit tabur kat keliling rumah..bagi pencuri tak de hati nak masuk rumah kita.... buat pagarlah kiranya...
Ayu Mohamad said…
siti : abah pindah 23 hb la. hari Ahad!!! kompom.. lori nak pindah abah dah booked dah.kompom. so takkan ko nak balik ahad jugak weiii...

Shami : mmg kene pagar la jawabnya.. insyaAllah.. nanti mmg kene pagar.kene ngaji selalu.. harap2 takde la yang pelik2 berlaku kan :)
Kaklong Syikin said…
nampaknya ayu kena biasakan diri gak ler. rajin amalkan ayt kursi sblm tidur insyaAllah.

tp ayu pun tak lama duduk rmh mak tukan, nanti duduk kat rmh kem ikut suami ye tak?

pandailah parents ayu jaga diri mrk, mesti mrk alert punya ngan keselamatan rmh. alah bisa tegal biasa nanti.
Ayu Mohamad said…
Kak Syikin : nampaknya begitula kak :) tapi selagi blom dpt kuarters tuh sy dok umah mak dulu la hehehe.. dah syiok2 dah buh aircond nih hahaha kene pindah umah sendiri plak hehehehe
Ayu Mohamad said…
alang : ko lagik le weii kene hati2 tp ko leh amalkan petua yg kat blog aidura sofee tuh.. ni pon kengkawan ade bg petua nih ikut le wei..
*camner la aku leh termiss ko nya komen nih isk isk isk
tee said…
cuba la 'pagar rumah' tu... insya allah..

Popular Posts