Sudah jatuh...ditimpa tangga..

Assalamualaikum...

Alkisah di hari Isnin yang lalu...

Seorang lelaki seperti hari-hari biasanya memandu ke tempat kerja. Sedang memandu dia ternampak satu kemalangan yang berlaku antara sebuah kereta dengan kereta yang lain. Sambil mata nya menoleh ke tempat kejadian..hatinya berkata-kata "haa tuh laa tak hati-hati memandu...kan dah kena"

Sebaik habis dia berkata, sreeeeeeeeeeeeeetttttttttttttttttttttt gaannngggggggg (aku taktau le bunyik nya camer..aku agak je lah bunyik nya begini hehehe)

Arghhhhhhhhhhhhhhhhhh... kata hatinya... habislaaaaa

Sekarang ... dia pulak yang kena.. dia telah TERlanggar kereta wira di depannya..

Alkisahnya... kereta wira itu juga sepertinya.. sibuk memerhatikan kemalangan yang berlaku itu.. sekarang mereka berdua telah berjaya menambahkan kesesakan yang telah sedia ada di jln raya tersebut... Dan dia lambat sampai di ofis kerana terpaksa membuat laporan polis.(dia tetap ingin ke pejabat juga..kerana byk urusan perlu diselesaikan)

Petang itu, dia singgah di rumah kakak iparnya kerana ingin meminjam van kakak iparnya.. kerana vannya akan di hantar ke workshop. Dengan senyum kelegaan, dia pulang ke rumah. Dalam hatinya, alhamdulillah.. dan dia sudah tidak sabar untuk pulang ke rumah.

Dalam perjalanan, sampai di MRR2 yang berdekatan dengan Ampang Putri.. van yang dinaiki mati enjinnya.. ahhhh sudah! rosak la pulakkkkkk... dia menalipon birasnya (suami kakak iparnya) dan meminta bantuan. Sedang menantikan bantuan sampai.. tiba-tiba....

Sebuah motor menderum dengan lajunya.... dan dia cuba melambai2kan tangannya bg memberi signal kepada motor tersebut untuk mengubah haluan...

nampak gayanya.. dia yang terpaksa mengubah haluan dirinya....

Ganggggggggggggggggggggggggg!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Kali ini, van biras nya itu pula yang dilanggar motor tersebut... aduhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh

Dalam hatinya.. "kene mandi bunga la agaknya aku!"

Dan anda semua mungkin tidak mahu mengetahui segala proses yang telah mereka lalui..birasnya sampai dirumah lebih kurang jam 12.30am..

Yang pasti, penunggang motor itu adalah penunggang yang tidak berlesen. kakinya patah dan telah disimen.

Laporan polis yang dibuat malam itu, menggunakan nama birasnya..kerana van itu milik birasnya dan kerana pagi sebelumnya dia telah membuat laporan juga.. takkan satu hari 2 kali dia membuat laporan kemalangan yang melibatkan diri nya kan??

Dan yang pasti, van birasnya juga dihantar ke worksyop yang sama vannya dihantar petang tadi...

Aku yang mendengar kisahnya? sakit kepala... adehhhhhh.. kalo aku ditempatnya? arghhhhhh tak tau nak kata apa.. yang pasti.. Allah Maha Mengetahui dan kite sebagai hambaNya mesti redha atas ketentuanNya...

Dia itu adalah pakcikku.. dan birasnya adalah abahku :)

Comments

DeLinn said…
sure pening abah ko heheheeh. So rumah ok ke? snap la pic. Nak ngk!
Ayu Mohamad said…
nanti aku amik gambonya.. aku letih giler sampai tak larat nak amik gambo (wpun aku juga spt kamu gile amik gambo hahah)
weii rendu kamu dgn chombie sih! mai la umah aku nanti..eh silap..umah mak aku :P
Kaklong Syikin said…
aduh..kalua akak nangis siap2 dulu. ujian sungguhla..
Alinlai said…
ayu,

hmmm malang tak barbau, tapi kalau berbau masalah plak selagi tak kena jenuh le nak tutup hidung :)
sabaq je lah
Anonymous said…
kah kah kah! nak gelak je..
Ayu Mohamad said…
kak syikin : itulah ujianNya..mlm tuh puas la mak sy dok tenangkan hati makcik sy yg risaukan pakcik sy tuh...kata mak sy "Allah nak uji kita..takpalah kan dah takdir.."

Alin : hahahaha itu kalo buleh bau ek hehehe tapi bagus jugak kalo leh bau..kan?

GT : uiks.. bleh le gelak kannnnn tak kene btg idung sendrik :P
tee said…
turut bersimpati di atas apa yang terjadi... van tu kot kena mandi air bunga... :)
Ayu Mohamad said…
tapi van itu adalah 2 van yang berbeza hehehe yg kelako nya tuh abah dok berulang sana sini dgn van tu ok jer.. kene time pakcik plak adehhh sian pakcikkk
Anonymous said…
erkk, kesiannyaa
Ayu Mohamad said…
itulah faizah.. tapi mmg le tertekan rasanya pakcik akak tuh..sian dia
NBK466 said…
Itulah..kalau dah tuhan nak uji kesabaran kita tuh...
Ayu Mohamad said…
NBK466 : itulah dia.. apapun..kes berakhir dgn baik.
NONIE AZIZ said…
mak aihhh...sian nyer...sudah jatuh ditimpa tangga...
WRA said…
kekadang tu satu hari tu ada ajeeee yg tak kena...gitu jugak sebaliknya....mujurla semua dah selamat ek?
Simpati pada pakcik anda..

Dugaan. Ada hikmahnya tu.
Ayu Mohamad said…
MR : ada pun hang..aik takkan la dpt bonus hang p dok kat Nilai drp pagi sampai petang kot (hahahahaha)

Kak Wan : itu laaa... smlm hari pakcik saya.. hari lain org lain la pulak...

BP : itu la.. dugaan yang mungkin belum nampak lagi tuh hikmahnya :)
Anonymous said…
huhuhuhu nk wat mcm mana...dh nk jadik!!!
Mamamanja said…
alahai... siannya
Anonymous said…
ayu,

aku nak tanya pasal cik kieli (sesat di kota tokyo)...your friend from mrsm ker?...
aku penah terbaca blog dia and there's a mention of some names from my high school..

tenkiu =)

*qistina nyer mama*
Anonymous said…
mama qistina,

ya saya. meh saya sendiri menjawab soalan puan. ya, saya kawan Ayu masa kat MRSM. Before that saya sekolah depan Star Hill tu. Ada apa2 boleh dibantu? Kita sekolah menengah rendah yang sama ke?

Ayu, horrornya story. selamat pindah masuk rumah baru.
zino said…
yg senyun dalam kes ni tokei wokshop..hehe satu hari dapat dua van hehe
Ayu Mohamad said…
Ano : itulah...nak kata apa lagik kan..

MM : harap2 lepas ni dua hero (van) itu akan gagah kembali seperti sebelumnya :)hehehhee

Ena : she's ur ex schoolmate ler.. tuh ha dia dah jwb bg pihak aku hehehe.. korang entah2nya kwn baik :) *sms aku
Ayu Mohamad said…
Cik Keili : yuhuuuu.. haa tenkiu le ko dah jawabkan tuh hehehe.. aku terlupa yg korang ni satu sekolah dulu.kalo idak sah sah awai2 lg aku dah perkenalkan.sejak zaman2 kat U dulu hehehe.. weii aku dah abis master aku and dah nak konvo..bila plak aku nak ikut jejak langkah ko further lagi..adehhhh

Bro Zino : ya betul..dan skang tuan punya van rasa kesal anto kat workshop tuh sbbnya byk sungguh kereta yang menunggu :)
Anonymous said…
kadangkala benda yg tidak disangka akan jd pada kita sendiri kan? sbb itu..jgn sesekali terdetik didalam hati tentang prasangka keatas org lain..kita tidak tahu apa yg akan kita hadapi akan dtg...ini dr pengalaman..sungguh!
Ayu Mohamad said…
Kadok : mmg pun and lesson learnt!
ontahsapo said…
selalunya kita tak perasan dan menyangka dugaan itu satu yg malang, dan bila terlepas jauh dilihat akan hikmahnya, baru mula utk redha...lebih baik dari yg tak nampak lansung.....
Ayu Mohamad said…
OS : ya betul tuh..setuju setuju!
Kopi Suam said…
La aku ingatkan cerita rekaan semata-mata..sian kat abah hang ngan pakcik hang...tapi mungkin ada hikmahnya iye dak...

Popular Posts