Angan-angan Part II

Assalamualaikum..

Kali ni aku nak sambung kisah angan-angan.. kali ni kisah yang berlaku pada adik aku si Dikcik..

Adik aku ni hadapi masalah dengan kawan serumahnya.Si Tipah(nama samaran) seorang anak gadis yang cantik.. kalo siapa biasa tengok org kedah yang putih melepak yag jenis yg campur dgn Siam nih dia akan tahu le mcm mana nak menggambarkan kecantikan si Tipah..

Yang aku nak cerita ini bukan pasal rupanya tapi aku nak korang semua lihat 2 situasi yang berbeza.. kawan aku si Timah dan kawan adik aku si Tipah berbeza dari segi paras rupa..

Ok.. Adik aku menghadapi masalah dengan si Tipah sebabnya, dia dan Housemate tak tahan dengan si Tipah sebabnya, Tipah seolah-olah suka nak menarik perhatian..

a) dia selalu menceritakan tentang kisah cintanya pada mereka tapi ade dua-tiga org kawan2 serumah yang mengatakan jalan cerita yang Tipah cerita sama seperti dalam kisah drama bersiri Korea di TV.

b) Satu hari Tipah mengadu katanya, dia sakit jantung. Doktor yang memeriksanya akan mengeluarkan result hasil pemeriksaan minggu depannya..apabila di tanya minggu depannya.. dia kata "oo belum lagi... minggu depan lagi" bila ditanya lagi, belum lagi.. sebenarnya niat rakan-rakan serumah bertanya bukan kerana tidak percaya tapi mereka ambil berat maka mereka nak tahu la hasil keputusannya itu..

Selalunya, sedang semua org asyik bersembang atau membuat hal masing-masing tiba2 Tipah datang dan kemudian merebahkan badan serta memegang dada nya mengatakan dia sakit.. pada mula nya rakan-rakan percaya..tapi lama kelamaan mereka mula meraguinya...sakit jantung mana boleh main-main.. bahaya ..

disebabkan dia suka meniru cerita di TV, satu hari apabila dia mengatakan yang dia ada sakit jantung, setiapkali di TV ada menunjukkan kisah org yang sakit jantung, rakan serumahnya beramai-ramai menukar siaran TV sebelum Tipah nampak adegan tersebut kerana dikhuatiri Tipah akan meniru aksi-aksi sedemikian..

jika anda beranggapan Tipah hanya buat begitu pada rakan serumah anda silap!!!! kerana?

c) setiap kali nampak lelaki di jalanan, terutama nya lelaki yang dia suka, pasti dia akan mula memegang dadanya dan bersedia untuk pengsan.. pada mulanya kawan2 tak perasan tapi bila lama kelamaan perbuatan itu nampak ketara.

Ada sekali tu, adik aku naik motor dengan si Tipah. Tengah berhenti dipersimpangan jalan, ada sekumpulan budak2 lelaki tengah melepak kat situ, tiba-tiba.... si Tipah terus buat aksinya.. apalagi.. jatuh la mereka berdua dengan motornya sekali..

Adik aku punyalah malu.. kata dia " iskk malu aku.. nampak mcm aku la yg sebabkan motor tu jatuh sbb aku dgn Tipah tu, aku la yang nampak berisinya.."

mereka digelakkan oleh budak2 lelaki itu. Dengan bersungguh-sungguh adik aku cuba la mengangkat motor itu kembali dengan si Tipah.. tapi tu pon kata adik aku, Tipah buat aksi-aksi manjanya... adehhh dah la adik aku tensen kene angkat motor, malu lagik.. akhirnya berjaya juga angkat motor dan kemudian balik ke rumah.

Yang bestnya, kat rumah Tipah cerita dengan kawan-kawan, "nasib baik ade budak lelaki hensem tu tolong angkat motor tu.. dia tenung muka aku pastu senyum kat aku sambil angkatkan motor aku..aku angkat depan, dia angkat belakang"

adik aku? mana bleh tahan dengan statement tuh "eh Tipah, bukan ke aku yang angkat belakang, ko angkat depan motor tu tadi? mana ade org tolong kite angkat?"

Tipah jawab "eh ko tak nampak ke Zu? kan tadi ade lelaki hensem yang tolong aku angkat motor tu"

Allah itu Maha Pengasih dan Penyayang, Dia tolong adik aku, nak dijadikan cerita kebetulan ade seorang rakan serumah yang juga menyaksikan kejadian itu.. kawan nya itu yang menjadi saksi dan memberitahu rakan2 yang lain adik ku di pihak yang benar.

d) Tipah ade tunangan juga. dan tunangnya berada di Luar negara. Tiap-tiap minggu tunang nya akan melawat Tipah..

e)Tipah pernah bgtau pada adik aku si Ucop (pakwe adik aku) anto sms kat dia and ckp dia dah bosan dgn adik aku.. tapi sebab dah paham dengan perangai dia, maka adik aku lilek..

f) pernah sekali tuh, waktu maghrib, azan sedang berkumandang adik aku dgn kawannya sedang bersembang and Tipah pulak dlm bilik air sedang menyanyi riang.. tiba-tiba Tipah keluar dan marah2 pada adik aku sbb bersembang dengan kawan2. aik?? yang dia menyanyi tu?

g) Tipah selalu ckp adik aku dengki kan dia, selalu dia cerita pada kakaknya yang qdik aku mmg dengki kan dia.. kesian kan? adik aku tak pasal2 jadi mangsa..

tapi Allah itu Maha Kaya kan.. ditunjukkan kebenaran itu didunia ini juga.. dah rezeki adik aku dpt masuk UPM sebelum result final dia kluo sbb alhamdulillah resultnya mmg dean list la every sem (tapi depa panggil anugerah ketua jabatan kot..) adik aku jenis yang tak melupakan kengkawan so dia bgtau kwn2 yang lain cara2 nak buat rayuan. tapi dlm ramai2 tuh... si Tipah juga yang berjaya. dah rezeki dia..

Tipah call mak aku tanpa pengetahuan adik aku sebab dia ade nombor henpon mak aku (semua kengkawan serumah adik aku ade no henpon mak aku hehehe sbb kdg2 adik aku selalu guna henpon mak aku)..

Tipah minta bantuan mak aku sebab dia takde sedara mara kat KL ni and mak dia sangat susah hati.. untuk pengetahuan semua, Tipah takde ayah.. dia anak yatim. Mak aku sebenarnya tak tahu kisah si Tipah. Mak aku siap amik cuti sebab nak jemput Tipah dan mak nya di Puduraya dan bawak ke UPM. Uruskan hal pendaftaran sampai masuk hostel baru mak aku balik..malamnya hantar mak Tipah balik di Puduraya..

Mak aku tolong Tipah sbb mak aku paham masalah mak Tipah. bila anto anak belajar jauh dari keluarga mmg payah sebab risaukan anak.. yang jadi masalahnya adik aku.. dia takut benonya. kata dia, dia tak kisah Tipah belajar sama dengan dia, cuma dia risaukan cerita2 dari mulut Tipah.

Mak aku pesan pada adik aku, buat baik aje pada dia.. abah pun ckp mcm tuh.. kite anggap je lah dia ade masalah.. jgn bermusuh dgn dia..

Aku pulak nasihat kan adik aku "jauhi dia" hehehehehe jahat ke aku? entah la. tapi sebab aku dah terkena so aku rasa lebih baik jauhkan diri drp si Tipah supaya Tipah tak ada byk nak cerita.

Pada pendapat aku, kalo adikku selalu bersama Tipah nanti kalo Tipah bercerita, org akan percaya. Tapi kalo adik aku jarang-jarang dgn Tipah, kalo dia bercerita pon org akan pikir 2-3 kali jugak..sebabnya tak rapat mcm mana plak Tipah bleh bercerita kan?

apa pendapat korang? aku rasa Tipah dgn Timah takde beza nya.. sama.. yang pasti aku nampak kedua2nya tidak mempunyai bapa. mungkin benar kata kawan2 semua.. dia org perlukan perhatian..

Comments

zino said…
kronik juga ni hehe..

selagi dia tidak memudaratkan sesiapa.. terus lah berkawan dengan dia.. mungkin dia perlu perhatian.. tunjuk ajar nasihat dan sebagainya..
Ayu Mohamad said…
Bro Zino : hmm agak kronik tapi itu la.. kesian juga pada dia dan lagi kesian pada adik :)
aishah said…
cakap ngan dekcit jauhka diri dari budak tu...buat apa orang macam tu...takkan berubahnya percaya la.. karang dia yang tension dia yang tak leh nak belajar....buat apa nak berbaik2 ngan orang macam tu...haritu aku dah basuh dia dah....nak gak pikir lagi pasla budak tu cettt ...
Alinlai said…
hmmm jauhkan diri anda daripada manusia macam ni...isk bahaya ni silap2 semua orang pandang serong dengan kita dia yang terlepas...
Puteri Satu said…
weh..aku pun tak de bapa weh...tapi aku tak perangai cam tu lerrr...tapi aku rasa...housemate aku dulu...ada perangai cam ni gak la...tapi tak la sekronik si Tipah dan si Timah nih...
tee said…
takut gak spesies ini macam yer... kalu tak kawan, kesian pulak. kalau kawan kang, lain pulak cite nanti. apa2 pun, berhati-hati dijalanraya... :)
Ayu Mohamad said…
Siti : ko dah mkn ke kuih aku tuh hahaha.. aku tak bgtau abg fz lagi ko suh amik dia nanti ko call. mintak le nombor kat yatie

Alin : tuh la rasanya kene jauhkan

PS : Alhamdulillah ko tak mcm tuh. ko rasa dia org dah kronik ek?

Tee : ha ah memang kene ebrhati2 ni
Angah said…
Kesah si timah ngan si tipah ni macam kisah budak sorang dalam cerita Dunia Baru kat TV3 tuh, apa nama karakter tu aku tak ingat. Camtuh la, banyak cerita rekaan semata2.

orang camtu sebenarnya belum jumpa buku ngan ruas. Masih takde orang yang bagi sedas dua lepas dia mensensasikan cerita dia tuh.

Try pecahkan tembelang dia dengan cara sesensasi mungkin, macam dia sensasikan cerita orang.. rasanya memang akan insaf tuh.

aku plak naik geram eeiiii
Ayu Mohamad said…
Angah : mmg geram sehhhhh.. tapi mcm kes Si Tipah kwn aku tuh udah tak tau mana dia pegi dah :) sekang ni adik aku la.. tuh yg kami dok nasihat2 dia la jugak.. dia dah tensen sbb akan sure hadapi masalah dgn minah tu
NONIE AZIZ said…
wahhh....serabut jugak mada akwan macamni eik...bagi tak salah berkawan tapi jangan rapat sangatlah...
Ayu Mohamad said…
MR : tuh la mmg takleh rapat laaa

Kak OO : tu laaa... bak kata abah dgn mak saya..buat baik dengan dia tapi nak rapat ke tak rapat tu terpulang la pada tuan badan ek
ontahsapo said…
saper nama sebenar tipah dgn timah ni..? isk....risau aku ni...
Ayu Mohamad said…
OS : apa yg ko risaukan nih hahahahaha.. aku pasti ko tak kan jumpa dengan dorang nih hehehe
Rakimi said…
ihk.. glamernya si timah ni...
tapi kalau dia pengsang depan aku lagi.. tahu dia aku keje kan..
Unknown said…
Macam2 manusia ada dlm dunia ni yer. Saya pun naik takut....kalau saya sama mcm ayu ckp pada adik tu..jauhkan diri....hihi, seram sehhh.
Anonymous said…
kalau mcm tu..si tipah bole jadik pelakon lah kan ayu?..:)
Anonymous said…
waahh dasatnya..tunang dok luar negara pun bley visit dia setiap minggu...luar negara tu tang mana? singapore? siam?

*mama qistina*
Sastri said…
isk isk... paham ngat org mcm ni sbb penah terkena... setuju dgn ayu mintak adik jauhkan diri dari org camni...
Ayu Mohamad said…
Kimi : hahahaha apa yg ko nak buat? hahahahahaha

Yus : ha tuh laa... tuh baru sikit yg kite jumpa yg teruk pon berlambak2 dlm dunia nih.. mintak pada Allah jgn la ade antara ahli keluarga kite yg berperangai mcm nih and moga2 tak terserempak dgn org mcm nih..susah jadi nya nanti..

Kadok : nampak gaya nya begitu la.. tapi kalo asal nampak lelaki yg dia suka je pastu dia nak pengsan nanti jenuh plak pengarah kene tangguh shooting hehehehehehe
Ayu Mohamad said…
Ena : may be siam le kot.. kedah dekat dgn Siam kann sebab tuh bleh visit every week.. may be she's right... dia tak tipu... hmm aku nak p tanya mak dia ari tuh tapi tak tergamak le kannnn.... :P

Sas : haa tuh laa rasanya menjauhkan diri lebih baik..
kasutVINCCI said…
kv rasa baik deqchik jauhi si tipah tu. Kepala pun tak pening.
NBK466 said…
Baguih ler bagi nama samaran pun almost sama sbb PENYAKIT MENTAL nya pun sama... Kalau den bujang mau gak mintak no telephone si Tipah mahupun Timah ataupun keduanya skali..he..he.he..
Ayu Mohamad said…
KV : tepat sekali!! silap2 nanti adik aku tensen plak takleh study

NBK : hahaha abg senior sabaq je laaaaaaaa
FaEzHussain said…
senang jek, tak yah kawan dgn dua-dua, buat habih boreh jek.ramai lagi insan lain yang lebih cemerlang nak dibuat kawan.
selalunya org2 cam ni saya jauhkan diri, bukan apa, taknak jadik bahan umpatan saya kalau saya tak puas hati...
Ayu Mohamad said…
Faez : setuju dgn awak! memang itu la yang saya nasihatkan pada adik sy
Lea Dzahir said…
kenapa nak malu dgn status kan? pelik sungguh manusia nih.. huhu~ aper pekdah tah diorg dpt ngan nipu.. huh~ lagi dibenci ada laa.. bo head punya olang daa dua2 pompuan tu..hehe.. ;)
Anonymous said…
Nice idea with this site its better than most of the rubbish I come across.
»
Anonymous said…
Nice idea with this site its better than most of the rubbish I come across.
»
Anonymous said…
kakyu..deqchik baru terbaca cite ni...minta jasa baik kakyu remove cite ni...rasanya da lama sangat cite tu....dia pun da berubah..lagipun nama2 diatas tu senang je nak link dari tenet.. kalau dia atau family dia baca maunye kecik ati ..lagipun mak abah kan ikhlas tolong dia..deqchik pun dah lama maafkan dia..mungkin dia ada sakit lain yg kit tak tau...kakyu delete ye post ni..tq

Popular Posts