Pengantin istimewa..

Assalamualaikum...

Tarikh : 12 Ogos 2006
Tempat : Kg. Manjoi, Ipoh Perak
Masa : Lepas Zohor
Pengantinya : Mohd Khairi & Siti Norazlina

Apa yang menariknya dengan pasangan pengantin di atas ialah, mereka merupakan pasangan pengantin istimewa.. sangat istimewa.. melebihi keistimewaan dan kemegahan serta kekayaan dan 'ke-gah han' perkahwinan Dato K dan Siti Nurhaliza...

Mereka adalah pasangan pengantin yang bisu dan pekak.. aku sebak menyaksikan majlis ini.. (pengantin lelaki adalah sepupu kepada hubby.. ) malangnya kami tak sempat menyaksikan majlis pernikahan.. tapi daripada cerita kakak2 pengantin dapatla aku gambarkan suasananya..

Majlis pernikahan berlansung pada hari Jumaat selepas Isyak.. majlis tersebut dikerumuni oleh ramai sanak saudara juga org2 kampung. kerana.. ini adalah antara majlis pernikahan yang sangat istimewa.. tidak ada lagi pernikahan seumpamanya berlaku sebelum ini dikampung tersebut.

Seorang jurualih bahasa diimport khas drp KL oleh pihak Majlis Agama Negeri Perak. Tok Kadi melafazkan akad dan sebaik sahaja tangan digoncangkan oleh Tok Kadi, pengantin akan melafazkan terima akadnya dalam bahasa isyarat dan akan dialihkan kepada bahasa melayu oleh jurualih bahasa tadi.

Majlis persandingan pada keesokkan harinya berjalan lancar dan meriah sekali.. alhamdulillah.. kedua pasangan selamat dijabkabulkan.. semoga keduanya hidup aman damai dan bahagia hingga ke akhirat kelak.. aminnnnnnn....

Masa pengantin bersalaman dengan sanak saudara aku sebak sangat sebab pengantin dan adik beradik serta ayah dan ibunya menangis.. aku rasa dorang sebak sebab akhirnya.. abg mereka selamat diketemukan dengan jodohnya.. wpun mereka insan istimewa tapi mereka juga berhak untuk mengecapi keindahan hidup berumahtangga seperti insan yang lain...
jauh disudut hati aku bersyukur dengan segala nikmat dan kurniaan yang Allah berikan pada aku.. aku bersyukur sesangat..
semoga Allah merahmati pasnagan pengantin ini dan juga kita semua..aminnnnn

gambar2 ada dlm henpon heheh lupa nak bawak card reader nak transfer hehe.. apa bleh buat lupaaa..


Esok aku ada interview.. doakan ek kengkawan :) mudah2an ada rezeki aku kat gomen nih.. InsyaAllah..


oklah.. see ya esok lepas interview yaa

Comments

Puteri Satu said…
alahai....nasib memasing tak sama kan....apa pun alhamdulillah...semoga kekal sehingga akhir hayat..hidup aman damai..dan dilimpahi kasih sayang...amin...(doa untuk semua pasangan...)
NONIE AZIZ said…
Alhamdulillah...Semoga berkekalan hingga ke akhir hayat!!
zino said…
soalan yg biasa zino tanya bila interview org..

cuba cerita mengapa anda rasa anda layak utk bekerja di syarikat ini..

nak tengok macam mana dia org jual diri sendiri.. hehe
Selamat diinterview...Selamat berjaya....!

Soalan favourite aku, 'kekuatan anda yang anda rasa boleh memberi perubahan dalam kompeni ini..?'
Ayu Mohamad said…
PS : aminnnnnnnnnnnnnnnnnnn

MR : ha ah semoga bahagia hingga ke akhir hayat aminnnn

Bro Zino : bab ni saya fail ler sbb tak pandai nak bangga nih haha malu seeehhhh

BP : sama soalan dgn Bro zino tadik.. aiyakss... and what do u expect from that q tu?
Anonymous said…
semoga sukses, ameen.

Doa akak sentiasa mengiringimu :)
Kaklong Syikin said…
la hai..ayu, kg. manjoi tu kat jalan apa ya? sbb akak kecik2 dulu duduk kg. manjoi..drp 3-12 tahun.

good luck for the interview.
Ayu Mohamad said…
Kak Aidura : thanks akak..mudah2an berkat doa akak dan kwn2 sy berjaya jwb soalan penemuduga dengan baik..

Kak Syikin : tak ingat ler kak hehe nanti sy check balik ek :)
Alinlai said…
selamat ber'interview'...jgn lupa diri dok pi interview org yang nak interview plak ke ke ke...apa2 pun insyaAllah ada rezeki tu :)
Ayu Mohamad said…
Alin : hahahahahaha sabo jek laa... tima kasih.. kaloa da rezeki.. ade la ....ye tak?
Arena said…
Sis,
I have a cousin (sebelah ed) yang situation nya macam tu jugak. semua orang happy, sama cantik sama padan mereka tu.. all the best for your interview..
ontahsapo said…
alhamdulillah... semoga berbahagia
Unknown said…
Tahniah pada pasangan tersebut. Semoga kekal bahagia hingga ke anak cucu. Yus turut mendoakan semoga ayu berjaya dalam temuduga tu nanti..InsyaAllah.
kasutVINCCI said…
moga hang dapat kerja gomen tu!;)
Ayu Mohamad said…
Arena : ha ah mmg pon dorang ni pon sepadan..sama cantik..semoga berbahagia aminnn

Yus : toche!! mudah2an :)

KV : aminnnnnnnnnnn

Popular Posts