Entri untuk malam dan pagi Jumaat

Tahukah kau wahai suami dan bakal suami??

Suami isteri ini asalnya 2 individu asing yang saling tidak mengenali.
Atas takdir tuhan dipertemukan dan aqad nikah telah menyatukan kita.
TAPI.......
tahukah kau apa yang isterimu selalu lakukan untukmu,dan fikirlah sejenak apa pula yang kau berikan untuknya...
KALA kau tiada duit,
bukanlah magic david copperfield bila tiba2 kau buka wallet ada duit pulak di dalamnya,
tahukah kau yang isterimu sentiasa curi2 membuka wallet untuk mengecek " Ada duitkah suamiku?"

TAPI...
Bila kau adaduit, wah! wah! kau siap boleh tanya lagi bini kau " ada duit ke?" sedangkan itukan kewajipan kau untuk memberinya nafkah?

Tahukah kau wahai suami,
tiap2 malam isterimu akan terbangun dari tidurnya dan perkara pertama yang diingat ialah suaminya,
lantas terus si isteri menjenguk suaminya di sebelah,
di kucup dahi suaminya,
diusap rambutnya,
penuh kasih sayang dan belas kasihan
TAPI.....
yang kau berinya hanyalah dengkuran kadang2 siap kentut lagi..Cissss! !

Tahukah kau wahai suami,
kalau kau balik lewat malam sampai jam 4-5 pagi atas alasan kerja atau kau suka2 nak lepak ngan kawan2,
isteri kau yang dirumah tu tak lena tidur,
selagi kau tak balik selagi tulah mata tak leh pejam
TAPI ...
yang kau tahu bersembang aje sampai pagi,
langsung tak ingat isteri,
dahlah balik lambat esoknya selagi tak masuk Zohor tak reti2 nak bangun, dah bangun tahu nak makan aje...

Tahu tak kau wahai suami,
setiap kali isteri mu menggosok bajumu apa yang sentiasa terlintas di fikirannya ialah "Handsome tak laki aku bila pakai baju ni?" Tapi kau bila dah hansome sikit mula hidung tinggi nak mengorat lagi...

Tahu tak kau wahai suami,
isteri tu tak mintak banyak,
cuma pujilah dia sekali-sekala,
peluklah dia setiap pagi dan malam sebelum tidur peluk yang setakat pelukan sayang sahaja..bukan dengan harapan dapat "apa-apa"),
hadiahkanlah dia sekali-sekala walaupun setakat coklat sekeping,
picitlah bahunya sekali-sekala
dan kalau nak tidur tu, selimutkanlah dia,
sebab sebenarnya, isteri tu selagi suami dia tak lelap mata dia hanya tidur2 ayam sahaja...

INI YANG BEST NI
Satu lagi, suami, kalau korang nak tahu,
sebaik sahaja saksi kata SAH!!!!
tuhan tu telah kurniakan 6, 7, 8 senses kat isteri
sebab itulah dia orang tahu korang buat apa kat belakang dia, tak yah guna spy...dia orang musti tahu punya.
hargailah isteri dan bakal isteri korang,
sebagaimana korang hargai kereta korang, PS2 korang dan lain-lain

Orang bijak adalah dia yang hari ini mengerjakan apa yang orang lain akan mengerjakannya tiga hari kemudian

JumPa AnDa Di PunCak KeJaYaaN bersama KeSeJahTeRaaN!

Pengajaran ayat: Perkahwinan itu satu perkara yang mulia,
Mengapa mesti kita mengelakkannya.
Ia adalah satu fitrah bagi manusia, kalau tak sanggup, manusiakah KITA.
Jangan risau jika kita tak dapat isteri yang solehah, kerana Allah telah berjanji, perempuan yg soleh hanya utk lelaki yg soleh...
Kalau kita sbg lelaki tak soleh...jgn harap dapat bini yg soleh....
Syukur apa yg telah dikurniakan.
Tak semua perempuan itu BAIK, tapi baiKKah kita nak dapat perempuan yg baik...???

Kalau kita mengorat perempuan memang tak baik, tapi kalau kita tak berusaha nak cari isteri; Ada can ker isteri itu TURUN dari langit.....
Kita tak suka perigi mencari timba...
Perempuan jenis apakah itu???
Siti Khadijah pun perempuan mcm itu;
Hinakah dia??????
Allah telah mengutuskan perempuan utk lelaki...
bukannya kita perlu hidup dgn sendiri...
Mungkin rezeki tidak ada untuk kita memulakan alam perkahwinan. ......
Tanpa usaha , rezeki itu memang tidak ada....
Syabas kpd sesiapa yg melangkah ke gerbang perkahwinan,

yg tidak (ni bagi yang dah jumpa calon tapi masih dok main-main lagi), ANDA sesungguhnya berada dalam kerugian ....

FIKIR-FIKIRKANLAH. ......... ... ...

Comments

Angah said…
Pernah dalam hidup berumah tangga kan.. bila terasa terlalu penat dan dikala cik syaitan membisik kata2 nista... aku terpikir.. "klau camni baik tak yah kawen..."

nauzubillah, bila tersedar balik aku patut bersyukur sebab aku dah berumahtangga, itu pun satu nikmat yang kena aku syukur.

tapi part2 yang dalam entry tu banyak betulnya..sebagai isteri kena la ajar suami untuk menghargai kita, nak harap dia pandai sendiri tu tak delaaaaa
Qaseh Bidadari said…
betul tu kak ayu...

hehehe...kalo di pk2 kan..banyak logik ye tu..
en_me said…
me teringat rakanme yg kener queen control itteww.. adduiiis
Ayu Mohamad said…
Angah : aku setuju 100% tpi bila berjauhan mcm aku ni kurang le sket nak rasa penat ke hapa sbb bila dpt jumpa sekali sekala tu mmg saling menghargai waktu yang singkat yang dpt bersama tu :)

anyway.. kite mmg kene ajo suami kite sbb dorang mmg tak pandai (mostly laa)

MRanggie : memang ponn :)

En.Me : alamakkk queen control kee.... aiyooo tak best le jadi queen control hehehe
Anonymous said…
best lak entry kak ayu nih...kehkehkeh
Akak said…
Salam Ayu....

Menarik sekali entry nie...hurmm dah 20 tahun menjadi berumahtangga, sebagai isteri selalu merasa yang masih banyak kekurangan diri yg perlu diperbaiki.....
Ayu Mohamad said…
ain : yey .. hehehe ain dah sampai sini hehehe

SfS : akak yang dah lama kawen ckp mcm tuh.. kami ni ha? yg baru je berumahtangga hehehe lagiklaaaaa byk nak diperbaiki..

Popular Posts