Hopeless!

Salam..

ade ke cara lagi mcm mana I can get pregnant?
aku buntu laaaaaaaaaaaaaaa
aku kene pregnant sebelum hubby ke Sabah (Feb 2009) and he might be there for setahun or 2 or mungkin juga 4 thn.. and I must get pregnant before that.. or else I might have no chance at all..... Sabah tu bukan kat KK plak tu.. nunnn jauh di Tawau atau Sandakan... *sigh*

doakan aku kalian..
doakan aku.......

and seriously am now thinking of maybe adoption could be an option.....

*mood = hopeless*

see ya when I see ya....

ni sajak yang diambil drp blog http://cahayakuiman.blogdrive.com

"Jika kau merasa lelah dan tak
berdaya dari usaha yang sepertinya sia-sia..
Allah SWT tahu betapa keras engkau sudah berusaha.

Ketika kau sudah menangis sekian lama dan
hatimu masih terasa pedih.
Allah SWT sudah menghitung air matamu.

Ketika kau fikir bahwa hidupmu
sedang menunggu sesuatu dan waktu serasa berjalan begitu saja.
Allah SWT sedang menunggu bersamamu.

Ketika kau berfikir bahwa kau sudah mencoba
segalanya dan tidak tahu hendak berbuat apa lagi..
Allah SWT sudah punya jawabannya.

Ketika segala sesuatu menjadi tidak masuk akal
dan kau merasa tertekan.
Allah SWT dapat menenangkanmu.

Ketika kau merasa sendirian dan teman-temanmu
terlalu sibuk untuk menelpon.
Allah SWT selalu berada disampingmu.

Ketika kau mendambakan sebuah cinta sejati
yang tak kunjung datang..
Allah SWT mempunyai Cinta dan Kasih yang
lebih besar dari segalanya dan Dia telah
menciptakan seseorang yang akan menjadi pasangan hidupmu kelak.

Ketika kau merasa bahwa kau mencintai seseorang,
namun kau tahu cintamu tak terbalas.
Allah SWT tahu apa yang ada di depanmu dan
Dia sedang mempersiapkan segala yang terbaik untukmu.

Ketika kau merasa telah dikhianati dan dikecewakan.
Allah SWT dapat menyembuhkan lukamu dan membuatmu
tersenyum.
Jika tiba-tiba kau dapat melihat jejak- jejak harapan.
Allah SWT sedang berbisik kepadamu.

Ketika segala sesuatu berjalan lancar dan kau merasa ingin
mengucap syukur.
Allah SWT telah memberkahimu.

Ketika sesuatu yang indah terjadi dan kau dipenuhi ketakjuban.
Allah SWT telah tersenyum padamu.

Ketika kau memiliki tujuan untuk dipenuhi dan mimpi untuk
digenapi.
Allah SWT sudah membuka matamu dan memanggilmu dengan namamu.

Ingat dimanapun kau atau kemanapun kau
menghadap. Allah SWT Maha Mengetahui….

Comments

Hazelsyd said…
ayu..

erm...pertama-tamanyer.. relaks.. jangan panik dan jgn down sangat..

keduanya, probably u need to go jumpa gynae and ada memacam cara scientifically kan.. cuma duit ajor lah..kalau betul betul serius u want it in the near future..selain berdoa.. apa kata gi amik treatment yg serius dan betul.. mana tau ada rezeki.. but remember all also atas rezeki yer..

ketiga, aduhaiii husband ko nak kene transfer ke tawau eks.. hrm.. pening kepala gaks jadiknyer yer..so ko kena think wisely, long and hard on your future plan lah eks..

pasal anak tu, jgn disangka duduk berjauhan tambah susah nak get preggie.. u'll never know..

kalo rasa nak talk, you know where to find me eks..

relax ayu.. aku doakan untuk ko juga..amin...
DeLinn said…
yes, setuju dengan ija. Ko buat thorough check up and effort scientifically pulak.

and, bila Allah belum bagi kamu zuriat, tentunya DIA ada perancangan yang lebih baik. Sabar ye kawan...

Anyhow, aku sentiasa doakan ko dapat apa yg ko impikan. Amin.
Ummi said…
salam,

dont be panic, jangan stress kalau nak pregnant.

kalau nak pregnant, kena cool-cool aje :)

kat ipoh ni ada satu klinik yang bagi treatment untuk orang yang nak pregnant. so far banyak jugak le hasilnya :)

even kawan-kawan ummi pun anak dari hasil treatement itu :)

dan harganya pun affordable :)

kalau tak nak, boleh cuba dengan gov hospital :)

adoption? must think 1001 time before you make a decision :)

ummi doakan yang terbaik :)
RaFFLeSiA MeRaH said…
alaa...kita ni same jerr yu...cuma beza nya ko lagi awal kawin dari aku....apepun aku doakan kita same2 cepat dpt baby...eh, ko x try produk biodex??
AyunasiA said…
alamak! kalo saya pon sure panic. apa kata akak ambik cuti tanpa gaji gi ikot dia. kalo pon tak ngandung, at least ada usaha tu kan. setahun = 12 probability tuh! huhuhu last option :P
Kopi Suam said…
Ayu,
aku cadangkan kau jumpa dengan Doktor Hamid Arshat..kawan aku satu taman sutera dia kerja kat Putrajaya Holding dia kawin dah 6 tahun...hujung tahun last year dia jumpa doctor hamid pastu buat operation cost dalam RM6000..alhamdulillah this year awal tahun dia pregnant..dah bersalin sekarang tgh pantang..

kalau kau nak aku leh bagi no tepon kawan aku ni kau tanyalah dia apa2 prosedur yang diperlukan..

kita berusaha aje..yang penting kau jangan stress2 sgt...pastu aku dengar orang kata makan taugeh banyak boleh ajdikan kita subur...
Anonymous said…
aku baca blog vp, dia ada suggest 1 klinik (kat seremban tak silap..)visit la blog dia (ada link kat blog aku..)

ada try mkn biodex? aku tgk testimoni mcm dasat jugak..

apapun, aku doakan ko cepat2 dpt baby yer..
Anonymous said…
betui tuh maks setuju kaedahnya tak semestinya berjauhan tuh takleh pegnant huhu..

nak pegnant neh memang xleh tensi2 nyah.. relax okes tenang2 sajork

*hugs*
ya2 said…
ayu,

aku mcm sedih lak baca entry ni.huhu.

ginilah, aku berpegang dgn kata2 org tua, bila tuhan belum bagi lagi kita satu2 rezeki tu, misti ada sebab@hikmah kenapa Dia buat demikian.

dlm kes ni, ada bnyk cara mungkin yg boleh ko buat, dan aku rasa misti ko dah buat.mcm ija kata ko kena pegi jumpa gynae tu mmg aku sokong.kalu boleh bwk hubby sekali.

kwn aku bila dia jumpa gynae, tgk2 hubby dia yg prob.skrg tgh berubat.

ada jugak org g cara kampung.g berurut.kdg2 ada urat kita yg bersimpul2.

tpi pd aku ko kena slalu relakskan diri.kalu asik pk smpai tensen pun nanti dah jadi x subur.

aku sentiasa doakan yg terbaik utk ko.insyaallah.
Anonymous said…
Salam ayu.

Benda ni rezeki dari allah.
Berdoa dan jangan nak panik whatsoever.

Kena relax dan jangan fikirkan sangat pasal dia nak duduk jauh atau apa.

Sekarang ni tak der nak heran sangat pasal jarak sebab nak travel kesana tak susah mana pun, dengan air asia, sebulan sekali boleh pergi mari.

Tawau ada direct flight dari KL apa.
WRA said…
orang kata kalau relax, senang skit nak conceive....

Hari Jumaat malam ni (14/11) kalau tak silap akak, akan ada satu ceramah pasal ni i.e. kenapa susah nak dpt zuriat...insyaAllah, kalau tak de aral, akak nak gi dengar...sapa penceramah, akak tak pasti....mungkin ada kupasan2 yg berguna....nak ajak Ayu tapi malam la pulak...kat Kajang plak tu...nanti bila akak dapat ilmunya, mungkin akak buleh share ek?

apa-apapun, betul kata semua tu, ini semua rezeki...mungkin ada hikmah disebaliknya yg kita belum tahu....walaubagaimanapun, akak tetap doakan Ayu...
MrsMama said…
Ko jangan tension2 sangat nanti lagi susah lekat. Tingkatkan doa ko pada Allah. Insyaallah, dia maha mendengar. Benda ni rezeki, ada sorang kakak kat opis aku kawen 10thn baru dapat anak. Berkali-kali dia gugur dan buat macam2 treatment, tapi lepas dia lahirkan anak pertama, dalam masa 3 tahun pastu mengandung lagi, sekrg dah ada 2 pun anak dia. Ko kena yakin kalu ko tak dapat anak, rezeki akan datang cara lain mungkin dalam bentuk kesenangan hidup. Sabarlah ye.
cikdinz said…
sabar...banyak kan doa dan usaha...
Hanisumayyah said…
Salam...

saya dulu, dua tahun baru dapat anak, cuba cara saya kalau betul2 ikhlas dan sugguh2 insyaallah Allah dengar, setiap kali lepas solat cuba istiqamah baca Yaasin dan tiap2 mlm bangun solat hajat, saya jugak buat air yasin dalam mangkuk yang tertulis surah yaain dan amalkan sentiasa minum air yasin tu. Tapi tulah kena rajin dan berterusan, macamsaya dah dapat sorang tu, takde dapat lagi dan tak buat amalan tu macam sebeum dapat 1st anak...tapi ayu kena yakin masa buat tu...sebab ada orang pakistan yang ajar saya buat amalan ni...saya yakin ayu dah cuba kaedah moden lain,kan...
Alinlai said…
sabar, usaha, doa dan tawakal.... itu je yg bleh aku cakap... itulah benda yg aku buat selama 4 thn berusaha. skrg ni hang try mkn atau usaha cara yg hang betul2 yakin bkn atas saranan org... biasanya benda yg kita yakin akan membuahkan hasil...ambik unpaid leave ikut hubby pun satu usaha juga ;) mana tau rezeki kat sabah :)
Ayu... nak nasihat lelebih aku ni idokla pandai bebnor... Tapi kalo ko mampu nak berubat apa salahnya berikhtiar... mana tahu diperkenan kan Nya kan. Enjoy life as it is.. anak angkat is the solution if u and hubby agrees becoz ada byk lagi menda yg nak difikirakan in future bila anak ni dah beso.

Enjoy life as it is Ayu... ada rezeki tak ke mana...
jane said…
ayu,
salam. wa simpati dan setuju dengan semuakomen diatas.

jangan tension beb...masa "bekerjaan" tu relax aje...ada petua kata, sebut selalu x ndak anak....yang disebut x ndak tu akan dapat....kata orang ler. wallahualam..
Ayu Mohamad said…
Terima kasih kawan-kawan. Allah saja membalasnya. Aku mmg down gile.tp takda sapa pun tau.aku berlagak happy saja.

Ada beberapa faktor buat aku jadi tak keruan. Antaranya momokan kakak2 d pejabat yg mengatakn hubby dok sabah abisla nanti diambil org.aku beno nya idak la amik port sgt tp hari2 disumbat kat telinga aku ni cuak jgk dbuatnya.

Aku tak nampak harapan utk aku stay sama dgn hubby dlm masa tdkat ni. Aku takda pilihan.dan aku redha. Aku beserah pd Allah taala dan aku pcaya pasti itu yg terbaik utk kami.

Thanx kengkawan.. Aku lega sgt knowing that i still have frens around yg memahami perasaan aku.
dzirhans said…
Aku raser hang ada tulih pasal preggie kat blog aku previously. I am suggesting u go to specialist kat HUKM, nama dia prof .. (lupalak) nanti aku check ngan wife. Dia nyer explanation n checkup mmg superb ...Bawak je GL govt (free je). Sbb swasta ni sometimes money oriented so ..faham2 jelah.
zino said…
kita kena yakin rezeki datang nya dari allah.. tugas kita berusaha dan akhirnya berserah kepada Nya.. jangan runsingkan diri kerana nya teruslah berusaha.. kalau perlu pendapat pakar pergi lah berjumpa mereka..

inshaAllah.. bila Allah telah tetap kan rezeki utk kita ia nya ada utk kita capai sahaja..

semuga berjaya..
CikguZue said…
salam ayu,
apepun semoga ayu tenang2kan fikiran...usah difikirkan sangat kata2 org lain (esp kakak2 pejabat) yg menyebabkan kita down, stress, panic, geram, bimbang dll. jika ada rezeki, ia akan datang jua. Allah swt sentiasa bersama hamba-Nya....
edrina said…
Ayu,

Cuba kau pegi website neh.. ada produk utk set kehamilan. Cuba lah tgk2.. http://www.seripesona.com/
AKu terjumpa waktu tgh browsing carik set bersalin..

Aku doakan moga2 Allah percepatkan rezeki kau utk dapat anak tu.. Insyaallah!
Sitie BUm BUm said…
dh try jumpe yg pakar ke?
Mardihah said…
hehehee..alahai....selamat kak...insyaAllah.saya doakan akak ye...

TAKBIR!

Popular Posts