Cabaran hari ke 2

Alhamdulillah....

Support group #JomKurus2Minggu telah berjaya dibuat. Semuanya semangat nak kurus :)  Alhamdulillah, dan hari ini adalah2nd day kami bermula.

Macam-macam ragam hehehe. Tapi itu lah nak mula tu aja, lepas ni insyaAllah semuanya akan berjalan dengan lancar.

Pagi-pagi lagi semua ahli group dah memberi laporan tentang pengambilan berat badan serta apakah menu yang diambil untuk breakfast. Ada yang tak berapa nak lulus tapi its ok. kita anggaplah masing2 sedang belajar.

Alhamdulillah, ramai yang turun berat. Saya sendiri turun 800gram.

Apa yang saya beritahu kepada kawan-kawan saya ialah :


  1. Pilih makanan yang anda nak makan. Tengok content nya. 
  2. Kenalpasti dan set kan apa menu anda untuk sehari (atau lebih baik untuk seminggu)
  3. Adalah lebih baik anda masak makanan anda kerana ANDA yang tahu apakah kandungan masakan anda
  4. GULA adalah musuh dalam diam, jadi hadkan penggunaan GULA anda
  5. Pengambilan multivitamin adalah sangat penting supaya anda kekal cergas dan sihat walaupun anda sedang ber diet.
  6. SENAMAN adalah sangat PENTING. Mulakan dengan senaman yang ringan dan mudah untuk anda. Lama kelamaan yang mudah itu menjadi biasa dan anda akan bersemangat untuk membuat yang lebih lagi.

Untuk tips dan cara-caranya yang lain anda boleh pm atau hubungi saya :)



Comments

Popular Posts