Cabaran Kurus 2 minggu

Assalamualaikum dan Salam sejahtera,

Agak-agaknya ada tak yang nak join saya untuk cabaran kurus dalam masa 2 minggu ni?


Saya nak cari mereka-mereka yang :

1. Ada keinginan yang tinggi untuk mengurangkan berat badan mereka

2. Sanggup mengorbankan selera makan SEDIKIT bagi menjayakan program ini

3. Ingin mempunyai gaya hidup yang sihat


Caranya mudah saja.

Anda cuma perlu :

  1. Ambil bacaan pertama berat anda 
  2. Ambil ukuran pinggang, ukur lilit lengan, ukur lilit peha dan punggung anda
dan catatkan di dalam buku atau application yang boleh didownload di smartphone anda

Setiap hari anda boleh share dengan kami makanan/minuman serta aktiviti seharian yang dibuat untuk membantu menurunkan berat badan anda.

Saya akan kongsi dengan anda tips dan cara untuk anda menurunkan berat anda.

Anda boleh melaporkan jumlah berat badan yang berjaya dikurangkan atau inch loss anda di sini setiap hari ataupun 2 hari sekali. Terpulang pada anda.


Jika setuju anda boleh komen di bawah. Saya akan kongsikan juga di facebook dan instagram saya.


Saya mencari 10 ke 15  orang sahaja yang betul-betul berminat untuk program ini.  Kita akan buat group di FB/Whatsapp untuk membantu antara satu sama lain.

Saya akan memulakan entry pertama pada hari pertama cabaran kita bermula.

Comments

Unknown said…
Salam kak...wow...2 minggu??erin lagi cepat nie...ok kak erin sahut..tapi nak kena bagi tau ke semua berat n lilitan semua dekat sini??😧😧😱
Ayu Mohamad said…
Erin,

kita cuma bgtau berapa yg kurang atau berpa yang naik. tak perlu reveal kita nya ukuran. yang tu simpan untuk diri sendiri laaa hehehehe
Unknown said…
saya nak join sekali...
saya nak join sekali...
saya nak join sekali...
saya nak join sekali...
saya nak join sekali...
Anonymous said…
kalau nak kurus kena bakar 800 kalori setiap hari
Ayu Mohamad said…
Shazana,

Ok boleh. dah 2 orang. jommm cari lagiiii
Ayu Mohamad said…
Anonymous :

wowwwwwwww... jom la join
pinky said…
Hahaha... nak join gak la... mmg ada niat... tapi sbb di kelilingi org2 yang kurus ni, niat selalu tersasar...

boleh ke ayu??

Ayu Mohamad said…
Pinky
Boleh sangat. Ok. Kte tunggu ckp korum then bukak group
ajueharis said…
Nak jooooooinnnnnnn......!!!!
Ayu Mohamad said…
Ok Ajue. Kite ckpkan korum kite eh
lynda said…
assalam cik ayu,

sy nak join bleh lg ke

Popular Posts