Hendak KURUS tapi bagaimana?

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,


Pertama kali dalam sejarah hidup saya, obesiti menjadi topik yang diperkatakan/perbincangkan oleh saya.

Dari kecil hinggalah sekarang saya adalah GEMUK. Ya.. itulah perkataan yang paling saya benci sekali untuk menyebutnya apatah lagi mendengarnya.

Saya seolah-olah tidak mahu menerima hakikat dan juga tidak mahu berubah untuk menjadi KURUS.

Sehinggalah pada satu ketika, saya sering tidak sihat dan selalu demam dan pening kepala. ketika itu saya bekerja sebagai seorang programmer. Allah saja yang tahu betapa stress nya saya pada ketika itu.  Mengunjungi hospital/klinik adalah sesuatu yang menggerunkan saya. Dan paling menggerunkan ialah apabila doktor mengatakan tekanan darah saya sedikit tinggi. Ohhhhh tidakkkk!

Saya mula mengambil inisiatif untuk hidup lebih sihat. Saya turun 10kg pada masa itu dan... alhamdulillah setelah menunggu sehingga 6 tahun akhirnya kami dikurniakan cahayamata.  Projek kurus saya berhenti seketika.

Selepas melahirkan, berat maintain kepada berat ketika kurus sehinggalah selepas anak berhenti menyusu badan, dan ketika itu berat naik dan naik dan naik ke 85kg uwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa



Ini adalah saya bersama dengan kawan-kawan baik saya

Apakah yang berlaku?? owhh ya saya tidak sedar sehinggalah saya merasakan yang tubuh badan saya seolah-olah tidak normal kekekeke. 

 

Saya dan bestfrens di Kota Bharu (Hujung bulan Mei 2014) meraikan perkahwinan sahabat kami Nora. Ini adalah gambar saya sebelum saya mengambil inisiatif untuk BERUBAH

Ya, sepulangnya dari Kota Bharu saya mencabar diri saya untuk BERUBAH dan membuat SESUATU supaya saya dapat menurunkan berat badan saya. Not so much on menjadi KURUS tetapi untuk hidup yang lebih SIHAT.

Next entry saya akan ceritakan apa yang saya buat sebagai usaha ke arah menyahut cabaran itu.

Sebelum itu, jom cuci mata kejap :)

  
                 



Jumpa di NEXT entry :)  

Comments

Unknown said…
wow...erin tengah teruja nie...bantuk erin untuk jadi kurus jugak erk..
Ayu Mohamad said…
insyaAllah.. asalkan kita GIGIH
Unknown said…
bagus.....

Popular Posts